Pemain muda negara, Owen Teo yang bakal menyertai kelab Croatia, NK Prečko Zagreb mendedahkan beliau mendapat tawaran bagi beraksi bersama skuad kebangsaan China baru-baru ini.

Owen memberitahu perkara ini menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya dimana beliau bertanya kepada peminat sama ada menerima tawaran tersebut atau menunggu panggilan daripada skuad Harimau Malaya.

“Kenapa saya bertanya mengenai perkara ini adalah kerana baru-baru ini pengurus saya dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) untuk mewakili mereka di peringkat antarabangsa selepas menjalani beberapa sesi ujian bersama skuad mereka.

“Memandangkan perkembangan yang sedikit mengecewakan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ini adalah peluang kami mungkin kami terima. Tiada apa yang sah tetapi kami telah berhubung beberapa kali dan semakin menghampiri persetujuan,” katanya.

Menurut perkongsian Harimau Abroad, Owen Teo sebelum ini pernah beraksi bersama salah satu akademi terkenal iaitu Frenz United dan Brooke House College sebelum menyertai Pulau Pinang.

Mengenai perpindahan beliau ke Croatia, Owen memberitahu perkara itu semakin hampir untuk dimuktamadkan dan beliau berharap semua boleh diselesaikan menjelang hujung bulan ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Pemain Muda Pulau Pinang Dapat Tawaran Sertai Kelab Croatia, NK Prečko Zagreb

MFL Sahkan Challenge Cup 2021 Terpaksa Dibatalkan, 3 Faktor Utama Dijelaskan Oleh CEO MFL

TMJ Dedahkan Faktor Utama Pembatalan Piala Belia Dan Piala Presiden