Peminat bola sepak dan beberapa wartawan sendiri mempersoalkan, kenapa Villarreal tidak boleh diundi menentang Liverpool.

Pundit, Michael Owen sendiri mendesak agar undian ketiga dibuat kerana Villarreal tidak dibenarkan menentang Liverpool.

Dalam undian pertama di Nyon, terdapat 4 kesilapan. Di mana awalnya undian Villarreal diundi bertemu dengan Manchester United. Sedangkan kedua dua pasukan daripada kumpulan yang sama.

Kemudian, bola undian Manchester United tidak berada di dalam balang untuk menentang Atletico Madrid.

Atletico membuat bantahan rasmi dan meminta undian semula. UEFA bersetuju untuk melakukan undian semula. Undian pertama dikira batal kerana masalah teknikal.

Namun pada undian berikutnya, ramai peminat mulai mempersoalkan, kenapa Villarreal tidak boleh berjumpa dengan Liverpool? Sedangkan kedua dua pasukan bukan dari kumpulan atau negara yang sama.

UEFA tampil dengan penjelasan. Di mana sistem akan secara automatik menghalang Villarreal berdepan dengan Liverpool. Ini kerana Inter Milan tidak boleh berdepan dengan Real Madrid.

Kemudian Villarreal pula tidak boleh bertemu dengan Real Madrid di peringkat 16 akhir kerana dari negara yang sama.

Jika Villarreal dibenarkan berdepan dengan Liverpool, Inter Milan akan berpotensi berdepan dengan Juventus.

Jadi pundit, yang merupakan bekas pemain Liverpool dan Manchester United, merasakan bahawa undian ketiga harus dilakukan, beliau adalah silap.

Hasil undian kedua adalah:

RB Salzburg vs Bayern Munich
Sporting vs Manchester City
Benfica vs Ajax Amsterdam
Chelsea vs Lille
Atletico Madrid vs Manchester United
Inter Milan vs Liverpool
Villarreal vs Juventus
PSG vs Real Madrid

Nampaknya Real Madrid paling tak bertuah untuk undian kedua, kerana diundi berdepan dengan pasukan paling kuat dari kalangan pasukan naib juara.

Perlawanan pertama akan diadakan pada 15,16 dan 22,23 Februari. Sementara pusingan kedua pula pada 8,9 dan 15,16 Mac.

Seterusnya, peraturan gol tempat lawan dimansuhkan bermula musim ini. Perlawanan akan masuk ke masa tambahan jika terikat pada perlawanan kedua. Dan kemudian penalti jika masih terikat pada masa ekstra.

Baca juga artikel

Sergio Ramos: “Saya Sanggup Mati Demi PSG Ketika Menentang Real Madrid”

UEFA Salahkan Software Punca Undian UCL ‘Void’

Keciciran Mata Lagi, Xavi Akui Barcelona Sedang Sakit, Kini 15 Mata Di Belakang Real Madrid