Pemain tengah Shanghai SIPG, Oscar Dos Santos mengakui sangat rindu untuk beraksi bersama pasukan negara di pentas antarabangsa. Malah, beliau juga sedia melepaskan kerakyatan Brazil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan China.

Pemain yang berusia 29 tahun itu menyertai Shanghai SIPG dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada tahun 2017. Namun sejak itu, beliau jarang dipanggil menyertai skuad kebangsaan Brazil.

Ketika bersama Shanghai SIPG, Oscar telah menjuarai Liga Super China pada musim 2018/2019 dan telah menjaringkan 39 gol dalam 124 penampilan.

Setelah 3 tahun berada di Liga Super China, Oscar menyatakan beliau sanggup menyarung jersi China dan membantu mereka layak ke Piala Dunia 2022 walaupun pernah beraksi bersama Brazil dalam Piala Dunia 2014.

Justeru itu, beliau berharap Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dapat mengubah peraturan naturalisasi untuk membenarkannya mewakili negara lain.

https://twitter.com/TheWorldGame/status/1287927942991900672

“Ini apa yang saya mampu fikirkan. Sukar untuk menyertai skuad Brazil sekarang kerana saya masih di sini (China). Tetapi semua orang di China tetap memuji betapa bagusnya saya bermain,” katanya.

“Tetapi kalau skuad kebangsaan China memerlukan pemain tengah yang bagus, saya boleh membantu mereka. Itu pun jika FIFA boleh mengubah peraturan.

“Saya suka China tetapi saya fikir pemain yang telah menukar kepada kerakyatan China mampu memberikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan,” tambahnya.

Oscar setakat ini telah mengumpulkan 48 kaps bersama skuad kebangsaan Brazil dan telah menjaringkan 12 gol di peringkat antarabangsa. Selain Piala Dunia 2014, beliau pernah beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 dan Piala Konfederasi FIFA 2014.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Malaysia Jadi Tuan Rumah Perlawanan AFC Champions League Kumpulan G Dan H

Kaki Theerathon Bunmathan Rabak Dan Terpaksa Dijahit Selepas Dipijak Pemain Jepun

FAT Berdepan Kesukaran, Akira Nishino Masih “Sangkut” Di Jepun