Perlawanan persahabatan diantara pasukan Malaysia U23 bertemu UAE U23 dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain-pemain dari kedua-dua buah pasukan serta pegawai dibangku simpanan.

Insiden itu belaku pada minit-minti terakhir perlawanan ketika Malaysia U23 sedang selesa mendahului UAE U23 dengan jaringan 2-0. Punca pergaduhan tidak dapat disahkan lagi tetapi ia dilihat lebih kepada beberapa kekasaran yang dilakukan sebelum menghampiri masa penuh permainan.

Ketua jurulatih Malaysia U23, Datuk Ong Kin Swee memberitahu dalam sidang media selepas perlawanan bahawa pergaduhan tersebut sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan.

38770638_1779569162139840_8439701622442950656_o

“UAE merupakan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita, mereka tidak biasa ketinggalan, keadaan ini, provokasi sememangnya saya sudah jangka,” katanya.

Beliau berkata insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kepada pemain negara dan berharap kejadian serupa tidak berulang pada Sukan Asia 2018 di Indonesia yang bermula pertengahan bulan ini.

“Pemain perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada pihak lawan, jika insiden ini berlaku semasa di Sukan Asia nanti ia akan merugikan kita,” katanya.

Sumber