Peminat bola sepak tempatan mungkin akan menyaksikan kelibat bintang dari Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal beraksi bersama skuad negara buat kali pertama apabila pemain tersebut bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia B-23 bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Filipina bulan depan.

Perkembangan itu disahkan oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dalam temu bual bersama Sinar Harian. Bagaimanapun, Kim Swee memberitahu, beberapa proses perlu diuruskan sebelum membawanya pulang ke Malaysia.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia masih dalam proses untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Kita tidak mahu ganggu dia buat masa ini dan tunggu sehingga Wan Kuzain selesai beraksi bersama kelabnya di Amerika Syarikat,” katanya.

Ketika saingan Sukan SEA berlangsung, Major League Soccer (MLS) sedang off-season. Wan Kuzain dijangka tiada masalah untuk mendapatkan perlepasan daripada kelabnya, Sporting Kansas City untuk menyarung jersi skuad negara.

“Kami masih beri ruang kepada Wan Kuzain memandangkan Liga Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat hanya akan berakhir awal November atau lewat Oktober ini. Kita masih berkomunikasi dengan dia dan segalanya positif,” jelasnya.

wan-kuzain-wan-kamal-vocket-2
Wan Kuzain bersama rakan sepasukannya.

Kem latihan pusat akan bermula pada 4 November dan mereka dijadualkan menghadapi dua perlawanan persahabatan sebelum berlepas ke Manila pada 23 atau 24 November. Senarai awal 40 pemain untuk skuad Sukan SEA 2019 di Filipina sudah pun dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Daripada 40 pemain tersebut, beliau telah menyenaraikan 8 pemain senior kerana format pertandingan membenarkan setiap negara mempunyai dua pemain yang melebihi umur 23 tahun.

undian sukan sea 19-01
Grafik keputusan undian bola sepak lelaki Sukan SEA 2019

Pasukan negara diundi bersama tuan rumah, Filipina dan tiga pasukan lain iaitu Myanmar, Kemboja dan Timor Leste manakala satu lagi kumpulan iaitu kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut dimana Thailand diundi bersama pasukan Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Saingan peringkat kumpulan bagi acara bola sepak lelaki ini akan bermula dari 25 November sehingga 5 Disember. Aksi separuh akhir pula berlangsung pada 7 Disember sementara penentuan tempat ke-3 dan perlawanan akhir diadakan pada 10 Disember 2019.

Lihat artikel menarik mengenai Wan Kuzain dan perkembangan skuad Sukan SEA melalui pautan artikel dibawah.

Wan Kuzain Bakal Berganding Dengan Luqman Hakim Dan Safawi Rasid?

Skuad Malaysia B-23 Diletakkan Dalam Kategori A Untuk Sukan SEA

Bapa Wan Kuzain Dedahkan Perkara Sebenar Mengenai Cerita Anaknya Mahu Mewakili Malaysia

Ong Kim Swee Daftarkan 8 Pemain Senior Dalam Senarai Awal Skuad Sukan SEA

Sumber