Ketua jurulatih skuad U23 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk menggugurkan 2 org pemain Khatul Anuar Jalil (Kuala Lumpur) dan Rodney Celvin (PKNS FC) dari skuad akhir untuk beraksi dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Maklumat itu disampaikan melalui kemaskini terbaru laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan beliau juga telah akan menyenaraikan penyerang tinggi lampai Hadi Fayyadh Abdul Razak dalam skuad itu nanti sekembalinya dari sesi percubaan di Jepun.

Berdasarkan senarai pemain yang diterima sebelum berlepas ke China, dengan ketiadaan Khatul Anuar Jalil, Rodney Celvin dan N.Thanabalan kemungkinan senarai 20 orang pemain yang akan berlepas ke Indonesia adalah seperti dibawah.

BIL NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

20

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

DOMINIC TAN

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

22

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SYAFIQ AHMAD

23

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

ADIB ZAINUDIN

23

JOHOR DARUL TA’ZIM II

7.

BADDROL BAKHTIAR *

30

KEDAH

8.

RIZAL GHAZALI *

26

KEDAH

9.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

22

KEDAH

10.

AKHYAR RASHID

19

KEDAH

11.

IRFAN ZAKARIA

23

KUALA LUMPUR

12.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

KUALA LUMPUR

13.

FAISAL ABDUL HALIM

20

PAHANG

14.

KOGILESWARAN RAJ

20

PAHANG

15.

DANIAL AMIER NORHISHAM

21

FELDA UNITED

16.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

19

KELANTAN

17.

HADI FAYYADH

18

JOHOR DARUL TA’ZIM

18.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

23

PERAK

19.

TOMMY MAWAT BADA

22

PJ RANGERS FC

20.

SYAHMI SAFARI

20

SELANGOR

Skuad Datuk Ong Kim Swee akan memulakan kempen Sukan Asia 2018 pada 15 Ogos ini menentang Kyrgyzstan, 17 Ogos bertemu Korea Selatan dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 20 Ogos bertemu Bahrain.