Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat bermula Ahad ini, 10 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam dari 22 hingga 26 Mac 2019.

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. MUHAMMAD HAZIQ NADZLI 21 GK JOHOR DARUL TA’ZIM
2. DOMINIC TAN JUN JIN 22 CB JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SYAMER KUTTY ABBA 22 CM JOHOR DARUL TA’ZIM
4. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID 20 LW JOHOR DARUL TA’ZIM
5. MUHAMMAD SAFAWI RASID 22 RW JOHOR DARUL TA’ZIM
6. MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN 22 CB JOHOR DARUL TA’ZIM II
7. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 20 CM KELANTAN
8. MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN 21 CM KELANTAN
9. MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI 21 LWB KELANTAN
10. NIK AZLI NIK ALIAS 22 CF KELANTAN
11. DAMIEN LIM CHIEN KHAI 22 GK KELANTAN
12. KOGILESWARAN RAJ 21 CF PAHANG
13. R. DINESH 21 CB PAHANG
14. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM 21 RW PAHANG
15. MUHAMMAD AZRI AB GHANI 20 GK FELDA UNITED
16. AHMAD TASNIM FITRI MOHD NASIR 20 LWB FELDA UNITED
17. MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM 22 CM FELDA UNITED
18. MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW 22 CF PKNS FC
19. ARIFF AR-RASYID ARIFFIN 21 CB PKNS FC
20. EVAN WENSLEY WENCESLAUS 21 CB SABAH
21. ARIUSDIUS JAIS 21 LW SABAH
22. MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK 19 CF FAGIANO OKAYAMA
23. K. THIVANDARAN 20 CM PJ CITY FC
24. MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF ARIFFIN 21 CB UITM FC
25. MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM 22 RWB PERAK
26. MUHAMMAD IZZAN SYAHMI MUSTAPA 22 CM TERENGGANU FC II
27. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI 21 RWB SELANGOR

 

Daripada senarai di atas, seramai 21 pemain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu telah dikekalkan dengan Kim Swee hanya menggugurkan dua pemain iaitu Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur) dan Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan).

Bagi melengkapkan senarai 27 pemain untuk kem latihan pusat kali ini, Kim Swee telah memanggil enam pemain baharu termasuk empat pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2018 iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari, serta dua lagi pemain iaitu Danial Amir Norhisham dan Faisal Abdul Halim.

Skuad B-22 kebangsaan ini akan menjalani latihan selama tujuh hari sebelum diuji pada satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Australia B-22 pada 17 Mac 2019.

Kim Swee selepas itu akan menamakan senarai akhir 23 pemain bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan kelayakan Kumpulan J bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac(Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.

Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia sebelum ini ketika turut dibimbing Kim Swee layak ke pusingan akhir buat kali pertama pada Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan berjaya mencipta sejarah melangkah ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Korea Selatan.

* Pemain-pemain yang terlibat dengan perlawanan Liga Super dan Liga Premier pada Ahad, 10 Mac 2019dikehendaki melapor diri pada Isnin, 11 Mac 2019manakala pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa, 12 Mac 2019dikehendaki melapor diri pada Rabu, 13 Mac 2019.