Semalam, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo dalam satu kenyataan melalui laman sosial Facebook peribadi beliau sebentar tadi menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak untuk jawatan tersebut yang akan tamat pada penghujung 2020.

Peter de Roo dalam kenyataan itu juga memberitahu, beliau telah berjumpa dengan presiden FAM sendiri, Datuk Haji Hamidin untuk menyatakan berkenaan keputusan itu dan ini bermakna posisi tersebut akan dikosongkan.

Difahamkan keputusan itu dibuat kerana beliau telah mendapat tawaran daripada negara lain dan memilih untuk tidak tinggal lama di Malaysia.

pdr

Namun, menurut laporan New Straits Times, bekas pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee disebut-sebut sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada FAM, Ong Kim Swee dijangka  bertemu Presiden FAM dengan Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam untuk perbincangan dalaman.

Ong Kim Swee kini mengalas tugas sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM. Beliau juga terlibat dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk merangka beberapa program pembangunan akar umbi.

Perancangan
Datuk Ong Kim Swee. Sumber Gambar: FAM

Jurulatih yang berusia 49 tahun itu sebelum ini pernah membantu Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA pada tahun 2011 dan pingat perak pada tahun 2017 di Kuala Lumpur.

Pencapaian terbaik beliau membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China sebelum mencipta kejutan dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

CIMB Liga Super: Kedah Rampas Kedudukan Kedua Daripada Perak

Nafuzi Zain Jelaskan Punca Ketiadaan Faris Ramli Dalam Senarai Skuad Terengganu Berdepan JDT

Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid Jamlus, Bakal Dipamerkan Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor