Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengesahkan senarai awal 40 pemain untuk skuad Sukan SEA 2019 di Filipina sudah pun dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menurut laporan daripada Stadium Astro, daripada 40 pemain tersebut, beliau telah menyenaraikan 8 pemain senior kerana format pertandingan membenarkan setiap negara mempunyai dua pemain yang melebihi umur 23 tahun.

Bagaimanapun, Kim Swee belum bersedia untuk mengumumkan senarai akhir pemain yang akan dipanggil ke kem latihan pusat kerana prestasi semasa mereka masih perlu dinilaikan.

Enggan mendedahkan nama pemain tersebut, beliau menyifatkan skuad ini mempunyai peluang yang cerah untuk meraih pingat di temasya Sukan SEA 2019.

“Pasukan ini mempunyai peluang untuk meraih pingat tetapi saya tidak boleh menjanjikan apakah warnanya.

“Sudah tentu seperti saya, setiap rakyat Malaysia inginkan pingat emas tetapi kami perlu buat persediaan yang baik sebelum kami memikirkan lebih jauh lagi. Tetapi untuk dapatkan pingat, kami berpotensi,” katanya.

Datuk Ong Kim Swee
FOTO:  NSTP/Hasriyasyah Sabudin

Sementara itu, penyerang muda negara, Luqman Hakim menyifatkan rakan sepasukannya dalam skuad Malaysia B-18 seperti Mukhairi Ajmal, Firdaus Kaironissam dan Harith Haiqal berpeluang cerah berada dalam skuad Sukan SEA.

“Prestasi mereka (rakan-rakan lain) juga bagus, jadi saya tidak boleh pandang rendah. Saya anggap diri sendiri sama seperti mereka,” jelas Luqman.

Temasya dwi tahunan, Sukan SEA akan belangsung pada 30 November hingga 11 Disember ini dimana Filipina dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi kali ke-30. Undian acara bola sepak lelaki akan diadakan pada 3 Oktober.

Saingan peringkat kumpulan bagi acara bola sepak lelaki ini akan bermula dari 25 November sehingga 5 Disember. Aksi separuh akhir pula dijangka dilangsung pada 7 Disember sementara penentuan tempat ke-3 dan perlawanan akhir diadakan pada 10 Disember 2019.

Tahukah anda, Malaysia diletakkan dalam balang 2 undian acara bola sepak Sukan SEA 2019. Baca untuk mengetahui lebih lanjut. 

Undian Sukan SEA 2019: Malaysia Diletakkan Dalam Balang 2

Skuad Malaysia B-23 Diletakkan Dalam Kategori A Untuk Sukan SEA

Sumber