Jenama yang kini cukup sinonim dengan Perak FC, ONEXOX hari ini melancarkan rangkaian pakej mudah alih jenama bersama francais sukannya yang dikenali – pelan ONEXOX EDISI TBG.

Pelan baharu ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif untuk meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan. Informasi dan berita terkini tentang kelab kegemaran mereka akan terus dihantar ke telefon mudah alih.

Terdapat pakej yang berbeza untuk memenuhi keperluan penggunaan individu. Dengan harga serendah RM54 sebulan, pelanggan akan mendapat 48GB data dan minit bual tanpa had.

Pengguna tegar yang tidak ingin risau tentang perbelanjaan berlebihan kini boleh menarik nafas lega dengan memilih bayaran tetap bulanan sebanyak RM150 untuk menikmati data internet dan masa berbual tanpa had.

Kelebihan langganan pelan ONEXOX TBG adalah melalui faedah-faedahnya yang disertakan bersama pelan ini termasuk barangan rasmi Perak FC percuma bernilai sehingga RM150, tiket percuma untuk menonton perlawanan Perak FC di Stadium Perak, diskaun-diskaun menarik untuk pas bermusimPerak FC, pakej hospitaliti pada hari perlawanan, diskaun eksklusif untuk barangan rasmi Perak FC dan pengisian “eksklusif hanya untuk penyokong” berkaitan dengan kelab dan berita tersebut akan terus dihantar ke telefon mudah alih.

Selain itu, sebagai bonus tambahan daripada kempen “Deme Menang,Kome Dapat”, pelanggan boleh menikmati ganjaran segera setiap kali Perak FC memenangi perlawanan.

Malaysia Football League (MFL) mendesak penswastaan menjelang akhir 2023; maka konsep ini akandapat memberikan hasil yang mampan kepada kelab berdasarkan pelanggan-pelanggan yang membayar bil telefon mereka.

Sebahagian daripada pungutan keuntungan kemudiannya akan diagihkan kepada kelab bola sepak yang akan mewujudkan aliran pendapatan tambahan dalam usaha pengkomersilan kelab.

Kerjasama ini akan membantu capaian ONEXOX kepada sebahagian daripada 700,000 penyokong setia Perak FC di Malaysia, dalam usahanya meningkatkan jumlah pelanggan. Ini memberikan ONEXOX peluang untuk menggunakan hak imej kelab, pemain-pemain, produk, lokaliti stadium dan pengisianuntuk tujuan pemasaran.

Bersama Perak FC, ONEXOX juga akan menyokong inisiatif bola sepak menawarkan peluang kepadaanak-anak muda untuk bermain, bersaing dan mempamerkan bakat mereka kepada agensi-agensitempatan di daerah masing-masing.

ONEXOX dan Perak FC juga akan membangunkan beberapa inisiatif pemasaran bersama, yang tertumpu kepada jenama eksklusif TBG pada setiap perlawanan di tempat sendiri iaitu di StadiumPerak.

Selain itu ONEXOX turut memperkenalkan pelan RM39 (18GB data), RM59 (44GB), dan RM89 (100GB) untuk memberikan lebih pilihan buat para pengguna khususnya penyokong bola sepak Perak.