Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana dilaporkan sedang berunding dengan Man United. Ejen pemain itu bercakap dengan kelab berpangkalan di Old Trafford tersebut.

Penjaga gol itu pernah bergandingan bersama Erik Ten Hag ketika di Ajax sebelum ini.

Dianggap sebagai salah seorang ball playing goal keeper terbaik di eropah pada musim lalu.

Dia membantu Inter Milan mara ke final Liga Juara Juara Eropah.

Kini Andre Onana sedia untuk menyertai Manchester United. Namun Inter Milan meletakkan harga €50 juta untuk pemain tersebut sebagai bayaran asas.

Seterusnya Inter mahukan ada klausa bonus prestasi dimasukkan di dalam perjanjian.

Onana adalah pemain dalam senarai untuk menggantikan David De Gea jika penjaga gol itu memutuskan untuk meninggalkan Man United.

Penjaga gol legenda Man United itu masih belum membuat keputusan tentang masa depannya.

Prestasi David De Gea musim lalu menjadi subjek perdebatan. Walaupun dia memenangi Sarung Tangan Emas EPL, namun dia melakukan banyak kesilapan yang bahaya.

Menurut Opta, David De Gea bersama sama dengan Hugo Lloris menjadi penjaga gol yang melakukan paling banyak kesilapan yang mencetuskan gol lawan.

Andre Onana menjadi penjaga gol yang dimahukan banyak kelab kerana statusnya yang tidak terikat dengan pasukan kebangsaan lagi.

Di mana dia telah memutuskan untuk bersara. Selepas tidak sehaluan dengan pengurusnya pada Piala Dunia 2022 lalu.

Onana balik lebih awal daripada Piala Dunia 2022.

Beberapa tahun lalu Onana pernah digantung kerana ada bahan terlarang dalam badannya. Hukuman itu dikurangkan selepas dia konsisten dalam hujahnya menyatakan dia tidak sengaja.