Pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad B-19 tahun negara, Omar Raiyan menegaskan beliau mahu kekal beraksi di Eropah.

Omar berkata demikian ketika ditemu bual selepas sesi latihan bersama skuad kebangsaan dimana beliau meluahkan rasa teruja kerana dapat beraksi bersama skuad B-19 tahun negara.

“InsyaAllah (akan terpilih ke dalam skuad akhir). Pada penghujungnya nanti ianya terpulang kepada jurulatih untuk membuat pemilihan. Sudah tentu saya mahu beraksi untuk Malaysia tidak kira peringkat umur dan mahu menyarung jersi kebangsaan Malaysia,” katanya.

Ketika ditanya mengenai masa depan beliau, Omar menegaskan beliau merancang untuk kekal beraksi di Eropah memandangkan saingan bola sepak di benua itu jauh lebih besar.

“Saya lebih memilih untuk beraksi di eropah kerana bola sepak di sana agak besar sekarang dan dari sana saya boleh belajar,” tambahnya.

Selain Omar Raiyan, beberapa nama daripada skuad B-23 tahun negara yang beraksi dalam saingan Piala AFC B-23 tahun di Uzbekistan baru-baru ini turut dipanggil seperti Faiz Amer dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Dua pemain yang dianggap mempunyai potensi untuk menyinar di masa hadapan, Abdul Rahman Daud (Selangor) dan Azhad Harraz Arman (Sabah) dilihat bakal menjadi watak utama skuad B-19 tahun negara di bahagian serangan.

Berdasarkan jadual untuk tahun 2022 ini, skuad B-19 kebangsaan akan menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2022 pada 2 hingga 15 Julai ini di Jakarta, Indonesia dan seterusnya Kelayakan Piala Asia B-20 2023 bagi Kumpulan E di Ulaanbaatar, Mongolia pada September yang mana Malaysia telah diundi bersama Republik Korea, Mongolia dan Sri Lanka.

Perlawanan-perlawanan Kejuaraan B-19 AFF 2022 akan berlangsung di dua buah stadium iaitu Stadium Madya, GBK, Jakarta dan Stadium Patriot, Bekasi. Kumpulan A menampilkan tuan rumah Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand, Brunei dan Filipina manakala Kumpulan B disertai Malaysia, Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super 2022: Sabah Ikat Selangor 1-1 Di Kelana Jaya

Penyokong Indonesia Kecewa Jordi Amat Pilih Sertai JDT

JDT Bakal Menerima Pelaburan Bernilai 8 Juta Euro Dalam Tempoh Tiga Tahun