Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain yang berpangkalan di Eropah, Omar Raiyan Kama Azlan dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad B-19 tahun negara menjelang saingan Piala AFF B-19 tahun di Indonesia yang akan berlangsung pada 2 hingga 15 Julai nanti.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana seramai 26 pemain dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu.

Omar Raiyan sebelum ini menjalani latihan bersama skuad Projek FAM-MSN sejak minggu lalu sebagai persediaan memandangkan saingan bola sepak Eropah musim 2021/2022 sudah berakhir dan pemain diberikan cuti oleh pihak kelab.

Selain Omar, beberapa nama daripada skuad B-23 tahun negara yang beraksi dalam saingan Piala AFC B-23 tahun di Uzbekistan baru-baru ini turut dipanggil seperti Faiz Amer dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Dua pemain yang dianggap mempunyai potensi untuk menyinar di masa hadapan, Abdul Rahman Daud (Selangor) dan Azhad Harraz Arman (Sabah) dilihat bakal menjadi watak utama skuad B-19 tahun negara di bahagian serangan.

Berdasarkan jadual untuk tahun 2022 ini, skuad B-19 kebangsaan akan menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2022 pada 2 hingga 15 Julai ini di Jakarta, Indonesia dan seterusnya Kelayakan Piala Asia B-20 2023 bagi Kumpulan E di Ulaanbaatar, Mongolia pada September yang mana Malaysia telah diundi bersama Republik Korea, Mongolia dan Sri Lanka.

Perlawanan-perlawanan Kejuaraan B-19 AFF 2022 akan berlangsung di dua buah stadium iaitu Stadium Madya, GBK, Jakarta dan Stadium Patriot, Bekasi. Kumpulan A menampilkan tuan rumah Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand, Brunei dan Filipina manakala Kumpulan B disertai Malaysia, Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Jordan Mintah Sertai Kuala Lumpur City

Balachandran Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sarawak United

Peminat Teruja Brendan Gan Kembali Beraksi

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group