Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain yang berpangkalan di luar negara, Omar Raiyan Kama Azlan dilaporkan bakal dipanggil bagi memperkuatkan skuad B-19 tahun negara menjelang saingan Piala AFF B-19 tahun yang akan berlangsung Julai ini di Indonesia.

Perkara ini dikongsikan oleh Onefootball.my di laman media sosial Twitter mereka dimana sementara menunggu untuk dipanggil, Omar menjalani latihan bersama skuad Projek FAM-MSN di Bukit Jalil.

Omar Raiyan menjadi sorotan pada Jun 2020 dimana beliau berjaya menandatangani kontrak bersama bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), FK Crvena zvezda atau yang lebih dikenali dengan nama Red Star Belgrade dan menurut bapa Omar, pemain yang lahir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini sudah bersama Red Star sejak bulan Ramadan tahun yang sama.

Pemain berusia 18 tahun itu kemudiannya disenaraikan dalam skuad B-17 tahun pasukan itu untuk menghadapi saingan musim 2020/2021.

Menurut tinjauan di media sosial, peminat teruja dengan kehadiran Omar dimana mereka menganggap pemain ini mempunyai potensi untuk menyinar sekaligus menjadi pemain harapan negara pada masa akan datang.

Omar dianggap pemain tengah yang memiliki potensi untuk menyinar dimana beliau pernah menyertai akademi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada usia 9 tahun.

Selain itu, Omar juga pernah memenangi Piala Iber pada 2019 lalu, kejohanan sama yang pernah dimenangi oleh skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2015.

Pasukan B-19 tahun negara merupakan naib juara pada saingan edisi 2019 dimana mereka tewas kepada Australia pada perlawanan akhir dengan keputusan 1-0. Pada edisi 2018, Malaysia muncul juara dengan menewaskan Myanmar dengan keputusan 4-3.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Syarikat Terkemuka Thailand, Carabao Diumumkan Sebagai Rakan Kongsi Rasmi Kerteh FC

Daniel Ting Kembali Ke Liga Malaysia Sertai Pasukan Dari Selatan?

Dua Pemain Negara Bakal Sertai BG Pathum United

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group