Manchesrer United terus berusaha untuk melambatkan pesta kejuaraan Manchester City. Namun Red Devils dipaksa berhempas pulas di gelanggang sendiri, bangkit daripada ketinggalan awal perlawanan dan menang 2-1.

Pasukan pelawat menjaringkan gol pertama pada minit ke-13, menerusk bekas pemain Manchester United, Danny Welbeck. Brighton tampil pasukan lebih baik pada separuh masa pertama dengan menghalang United daripada melakukan sebarang percubaan tepat.

Pada separuh masa kedua, United mengambil masa lebih 10 minit untuk mencatatkan on target pertama menerusi Rashford.

Mujurlah Rashford kemudian menjaringkan gol penyamaan hasil umpanan Bruno Fernandes. Dan United melengkapkan kebangkitan dengan gol kedua oleh Mason Greenwood.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa pasukannya tidak mengubah apa apa taktikal pada separuh masa kedua untuk bangkit. Cuma mereka meningkatkan lagi intensiti, dengan lebih banyak berlari.

“Secara taktikal, tiada yang berbeza, dari yang kami mahu lakukan pada babak pertama. Cuma pada separuh masa kedua pemain berlari lebih banyak, bergerak lebih banyak dan pergerakan kami bertambah baik,” kata Solksjaer.

“Kadang-kadang selepas rehat antarabangsa memerlukan masa untuk para pemain kembali ke prestasi yang baik. Ia adalah babak kedua yang sangat baik,” tambah Ole lagi.

Solskjaer kemudian memuji lawan mereka sebagai lawan yang sukar.

“Kami mendapat keputusan yang baik dan kami harus mendapatkannya dengan sukar sekali, kami berjaya mencari penyelesaian di babak kedua.”

Kemenangan ini kembali meletakkan United 14 mata di belakang City.

Baca juga artikel lain

Selepas Mbappe, Neymar Pula Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Di PSG Kerana Messi

Serie A: Juventus Keciciran Mata Lagi, Pirlo Kritik Pasukannya Menyulitkan Lagi Keadaan

EPL: Arteta Minta Maaf Kerana Aksi Buruk