Ole Gunnar Solskjaer telah membidas Jurgen Klopp di atas kenyataan pengurus Liverpool itu tentang penalti yang Man United dapat berbanding pasukannya.

Menurut Ole Gunnar Solskjaer, tindakan Klopp itu tak ubah seperti cuba mempengaruhi pengadil dalam perlawanan akan datang.

Dalam wawancara selepas kekalahan Liverpool di tangan Southampton, Klopp berkata: “Sangat mengecewakan. Kita tidak bagus dalam membuat beberapa keputusan malam ini.”

“Itu adalah hantaran yang terakhir [merujuk kepada hantaran terakhir Liverpool sebelum wisel penamat]. Salah kami, dan saya bertanggungjawab.”

Ditanya tentang VAR, Klopp membidas pengadil dengan berkata: “Jelas sekali itu adalah penalti. Saya pergi ke arah pegawai keempat perlawanan sama ada insiden itu sudah diperiksa?”

“Dia kata, ya mereka sudah periksa dan itu bukan penalti.”

“Apa yang telah Andre Mariner lakukan ke atas Sadio Mane malam ini, saya tak pasti jika itu ok. Man United ada lebih banyak penalti dalam dua tahun terakhir ini berbanding yang saya dapat dalam 5 tahun setengah di sini.”

“Namun tidak ada alasan untuk kekalahan malam ini.”

Solskjaer membalas semula komen Klopp dengan berkata: “Itu mungkin fakta, mungkin. Dan ini jawapan saya.”

“Saya tak tahu pun jumlah penalti yang mereka  [Liverpool] dapat. Saya tak kira jumlah penalti mereka. Dan jika mereka nak meluangkan masa untuk prihatin jumlah kekasaran ke atas kami dalam kotak penalti, saya tak ada masa untuk itu.”

Adakah Klopp tak betul?

Musim lalu Man United diberikan 22 penalti dalam semua pertandingan. Rekod tertinggi dalam lima liga utama Eropah dalam 5 musim terakhir.

Ini termasuk 4 daripada 2 perlawanan menentang Chelsea, yang mebuatkan Lampard membangkitkan isu yang sama sebelum pasukannya menewaskan United 3-1 di Wembley,

Namun Solskjaer tetap membidas Mike Dean yang tidak memberikan penalti kepada United ketika Kurt Zouma mengasari Anthony Martial.

Adakah benar Man United dapat lebih banyak penalti dalam dua musim terakhir berbanding dengan 5 musim Klopp di Liverpool?

Sejak Klopp tibad di Anfield pada Oktober 2015, Man United telah mendapat 41 penalti, 15 lebih banyak daripada Liverpool

Pada musim 2016/17, Liverpool dianugerahkan 8 penalti dan United mendapat 4. Namun ketika itu menjaringkan 24 gol lebih banyak daripada United dan 100 kali lebih banyak memasuki kotak penalti lawan.

touches

Pada musim berikutnya, Jose Mourinho dan Man United menamatkan saingan di tangga kedua dan menjaringkan hanya 68 gol dalam Liga Perdana Inggeris berbanding 84 oleh Liverpool.

Liverpool ada 206 sentuhan lebih banyak di dalam kotak penalti berbanding dengan Man United.

Namun pada era Ole Gunnar Solskjaer, jelas sekali Man United lebih banyak mendapat penalti dalam dua musim terakhir.

Things began to swing away from Liverpool’s favour midway into the following season, though.

Jsese Lingard menjadi penjaring gol  kemenangan pertama Ole Gunnar Solskjaer berhadapan dengan Cardiff pada Disember 2018.

Dan sejak daripada itu, tiada kelab lain yang mendapat penalti (27) dan menjaringkan lebih banyak gol berbanding United. Dan dalam tempoh sama Liverpool hanya mendapat 17 penalti.

Dan sejak 2018/19 Man United mendapat 32 penalti. Manakala Klopp sejak tiba di Liverpool mendapat 30 penalti. Maka benarlah kata Ole, memang Klopp mengira statistik ini di pejabatnya.

Ole pula tak kisah perkara sebegini melibatkan pasukan lawannya.

134441884_1074445423072675_7596509161056365566_o

Namun sebenarnya bukan Man United pasukan paling banyak mendapat penalti sejak Klopp tiba. Sebaliknya Leicester City. Di mana pasukan tersebut mendapat 45 penalti sejak Oktober 2015.

klo

Rujukan statistik: Sky Sports