Solskjaer secara konsisten meletakkan kepercayaannya yang tidak pernah goyah kepada De Gea.

Walaupun penjaga gol itu telah melakukan beberapa siri kesilapan defensif selama 18 bulan terakhir. Sedangkan Dean Henderson menyinar ketika dipinjamkan di Sheffield United.

Semalam dalam aksi separuh akhir Piala FA, De Gea melakukan 2 kesilapan yang membolelkan Chelsea merobek gawang beliau.

Lebih teruk, satu lagi kesilapan defensif oleh Harry Maguire juga menghadiahkan gol buat Sang Biru.

Chelsea mencetak 3 gol hasil 3 kesilapan pemain Man United. Manakala United mendapat gol saguhati menerusi sepakan penalti oleh Bruno Fernandes.

Namun selepas tamat perlawanan Ole Gunnar Soslkjaer tetap mempertahankan penjaga gol yang beliau label sebagai terbaik di dunia ketika ini.

https://twitter.com/a_kopite/status/1284921995004719107

“Jelas setiap orang harus menyerlahkan diri mereka dan setiap orang ada peluang , setiap kali kami tampil untuk mendapatkan sesuatu untuk pasukan,” kata bos United itu.

“David tahu dia seharusnya menyelamatkan gol kedua itu, tetapi perkara itu sudah berlaku.”

“Kita harus terus mara [move on], kita harus bersedia untuk aksi hari Rabu (menentang West Ham di Liga Perdana).

“Sukar bagi penjaga untuk menebus kesilapan mereka, namun David membuat dua atau tiga saves hebat selepas itu.”

“Tetapi anda harus melihat pemain seperti Brandon, misalnya – watak yang ditunjukkannya sangat bagus.”

“Dia terlepas bola kepada Mount, dia mungkin merasa sedikit bertanggungjawab atas apa berlaku, namun selebihnya dia benar-benar cemerlang.”

mason mount

“Budak itu tidak bermain dalam beberapa tempoh, dengan kecederaan matanya.Namun karakter dia di atas padang, dia terus berjuang.”

“Lebih mudah bagi pemain bukan penjaga gol. David menunjukkan (wataknya) dalam baki perlawanan dengan melakukan beberapa aksi menyelamat yang hebat, dan dia tahu dia mampu melakukannya.”

Selain itu, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Eric Bailly terus dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan.

Namun beliau yakin pemain itu tidak cedera serius. Beliau hanya ke hospital sebagai rutin pemeriksaan biasa.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

‘Kami Berhak Dapat Trofi’ – David Luiz

Ole Bidas Mourinho & Lampard: Faktanya, Man United Banyak Menjadi Mangsa VAR

Piala FA: Arsenal Ke Final, City Gagal Pertahankan Kejuaraan