Ole Gunnar Solskjaer telah membuat kejutan apabila memilih Scott McTominay sebagai MOTM pilihan peribadi beliau.

Pemain antarabangsa Scotland tersebut kerap menerima kritikan kerana gagal beraksi baik bersama gandingannya Fred yang digelar sebagai McFred Midfield.

McTominay terus mendapat kepercayaan Solskjaer sekali lagi bersama sama dengan Fred. Dan kedua dua mereka kali ini beraksi cemerlang dalam menewaskan Spurs 3-0 di tempat lawan.

United turut mencatatkan clean sheet kedua selepas 22 perlawanan.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Solskjaer berkata: “Man of the match di mata saya ialah McTominay, sangat jelas sekali.”

“Itulah pemain Scotland yang kita sudah lama tak tengok. Dia mengalami kecederaan, pembedahan musim ini. Namun saya rasa hari ini dia benar benar bagus.”

“Dia memenangi bola dengan bentesan, menggerakkan bola ke hadapan, bermain dengan mudah, menukar arah permainan, menanduk bola ketika bola mati. Memang sangat bagus.”

Solskjaer memberikan kredit kepada para pemain selepas melalui minggu yang sukar.

“Ini adalah minggu sangat sukar untuk para pemain, penyokong dan kelab, serta saya sendiri.”

“Saya menjauhkan diri daripada bunyi bising, namun kamu tetap mengetahui apa yang berlaku di luar sana.”

“Kamu harus menunjukkan prestasi terbaik kamu. Perasaan dia sangat teruk ketika kamu kalah, dan kita perlukan prestasi seperti selepas minggu yang sukar.”

“Dan rasanya sudah lama kita tidak mengubah mentaliti, taktik, dan kecergasan kami. Jadi ianya sangat bagus rasanya apabila dapat melakukannya dalam masa 4 hari.”

Sebelum perlawanan, Solskjaer mengesahkan bahawa kini dia memiliki satu set skuad yang cergas. Hanya Pogba yang tidak tersedia dalam aksi semalam. Itupun kerana kecederaan.

Gol dari penyerang 3 serangkai United, Ronaldo, Cavani dan Rashford tak mampu dibalas oleh Spurs.