Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengatakan kunjungan pasukannya ke kubu juara bertahan Liverpool pada hari Ahad adalah pada masa yang tepat. Beliau menyataka tidak mungkin ada waktu yang lebih baik daripada sekarang untuk mereka menentang Liverpool, dalam 3 tahun terakhir ini.

Voli cantik Paul Pogba yang terbias pada pertahanan lawan, membantu United menang 1-0 ke atas Burnley. Man United berhempas pulas untuk menewaskan lawan mereka untuk berada 3 mata di atas Liverpool dalam carta liga.

mom

Liverpool sebelum ini tewas di tangan Southampton dan membuka peluang kepada United memintas mereka. Peluang itu tidak dipersia siakan oleh Manchester United.

Aksi di Anfield akan menemukan pasukan United yang sedang dalam prestasi terbaik berdepan dengan Liverpool yang masih tak menang dalam 3 aksi liga terakhir mereka.

Maka tak hairanlah Ole Gunnar Solskjaer melihat ini adalah waktu terbaik untuk mereka melebarkan lagi jurang mata dari Liverpool kepada enam mata.

“Ini adalah kedudukan yang terbaik untuk kami. Dan kami tahu kami akan bertemu sang juara, mereka sudah menikmati tiga setengah musim yang luar biasa, kami tahu perlawanan itu akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi kami sudah siap untuk itu.”

“Tidak mungkin ada waktu yang lebih baik lagi dari sekarang untuk pergi ke sana – untuk bermain menentang mereka – kerana kami berada dalam keadaan baik sekali, ‘lapar’ , pemain pemain ini ingin menjadi lebih baik dan itu adalah satu lagi ujian.”

Paul Pogba akhirnya kembali kepada prestasi terbaiknya dalam beberapa minggu terakhir ini. Beliau boleh menjadi nadi penting dalam usaha Man United cuba memenangi kejuaraan liga pertama mereka sejak 2013.

Man United juga kali pertamanya berada di tangga teratas selepas 17 perlawanan, sejak 2012/13, musim terakhir mereka juara liga, di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Solskjaer memuji prestasi Paul Pogba: “Saya selalu mengatakan Paul adalah pemain yang hebat dan bintang besar bagi kami. Dia berperwatakan baik di bilik persalinan, sebab itulah dia juara dunia.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Voli Pogba Julang Red Devils Ke Puncak Liga Pintas Liverpool

Piala FA: Man United Jumpa Liverpool

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group