The Red Devils berada dalam aksi Liga Juara-Juara pada hari Rabu, ketika mereka tewas 2-1 di Turki menentang Istanbul Basaksehir dan pada tengahari Sabtu mereka bermain dalam aksi EPL.

Walaupun Manchester United menang 3-1 menentang Toffees semalam, namun pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer tetap tidak gembira dengan penjadualan melibatkan Man United.

Menurut beliau jadual liga pasukannya seolah olah satu sabotaj kepada mereka. Ini kerana ianya seperti diwujudkan untuk memastikan United gagal.

“Masa sepak mula ini memang diatur untuk membuatkan kami gagal,” kata Solskjaer yang kelihatan marah.

“Kami sudah ke Turki, sudah banyak kali bermain musim ini, kami kembali pada hari Khamis pagi dan kami bermain Sabtu dalam masa makan tengahari, ini benar-benar serabut.”

Solskjaer turut mengatakan bahawa kelab telah meminta jadual perlawanan diubah pada musim ini.

Beliau menambah: “Saya mendesak kelab saya untuk benar-benar menentang waktu permulaan yang satu ini [menentang Everton semalam].”

“Namun kami diberitahu ia telah ditetapkan.”

Ole Gunnar Solskjaer memuji impak Bruno Fernandes namun tetap meningatkan semua pihak bahawa pemain bukannya robot.

“Saya tidak mahu meringankan masalah ini, Bruno sangat hebat tetapi ini adalah masalah yang sangat serius sehingga pada masa kita berada dalam situasi, kita tidak menjaga pemain ini dengan sebaiknya.”

“Mereka bukan robot, mereka adalah manusia.”

“Kami tiba [dari Turki] pada hari Khamis pagi jam 4 pagi, apa masalahnya bermain pada hari Ahad?”

“Lihat pada pemain kami, sudah terlalu banyak kecederaan para pemain kami di Liga Perdana Inggeris, bukan hanya pemain saya saja tetapi juga pemain kelab lain juga.”

“Kita semua mahukan produk [EPL] ini menjadi yang terbaik di dunia seperti yang ada sekarang, namun pada masa yang sama kita tak mahu memudaratkan para pemain.”

“Apa yang harus dilakukan? Duduk, tarik nafas panjang dan semak kembali jadualnya dan gunakan akal yang waras untuk memperbaikinya.”

ole gunar solskjaer

Kapten Man United, Harry Maguire turut mengatakan perkara yang serupa:

“Sungguh aneh, anda memiliki semua slot dan ketersediaan untuk bermain permainan melawan Everton [sebelah petang atau malam], yang saya pasti ok sahaja bermain bila-bila masa.”

“Untuk bermain di Istanbul pada hari Rabu, melalui penerbangan lima jam dan kemudian datang untuk bermain sepak mula pertama pada Sabtu, itu sukar.”

Bruno Fernandes menjaringkan dua gol dan satu assist kepada Cavani ketika United bangkit dari satu gol untuk meraih kemenangan ketiga liga musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Bundesliga: Bayern Bangkit Atasi Dortmund

Alasan Fernandes Abaikan Peluang Hatrik Dan Memilih Untuk ‘Assist’ Cavani

EPL: Bruno Fernandes Dan Cavani Hancurkan Everton

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group