Legenda Manchester United Roy Keane membangkang alasan yang digunakan Ole Gunnar Solskjaer bahawa The Red Devils tewas kepada Liverpool kerana ketiadaan Harry Maguire.

United kali ini berhadapan dengan Liverpool tanpa Maguire dalam aksi yang dipinda semula kerana protes sebelum ini. Ketika itu United ada Maguire yang tersedia untuk beraksi.

Namun semalam tiada kelibat kapten itu buat kali kedua selepas aksi mereka menentang Leictester – di mana mereka turut tewas. Maguire cedera ketika United berhadapan dengan Aston Villa.

Maguire disahkan mengalami kecederaan lutut dan masih berusaha untuk pulih menjelang aksi final Piala Europa yang akan datang.

Di bahagian pertahanan, Solskjaer juga bermain dengan Victor Lindelof dengan Eric Bailly. Man United kelihatan sangat rapuh. Dan kesannya mereka melepaskan 4 gol kepada lawan.

Gol Liverpool dihasilkan oleh Diogo Jota, Roberto Firmino (2x) dan Mohamed Salah. Manakala 2 gol United adalah daripada Bruno Fernandes dan juga Marcus Rashford.

Selepas tamat perlawanan Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa tidak boleh dinafikan bahawa United kehilangan Harry Maguire.

Ole berkata: “Semua orang merindui kapten dan ketua mereka. Harry tampil cemerlang sejak dia tiba di kelab ini. Kami merindui pemain berkualiti seperti dia.”

Alasan itu tidak diterima oleh Roy Keane. Dan menyatakan bahawa alasan itu tidak ada kaitan langsung dengan kekalahan United.

Sebaliknya Keane menyatakan bahawa alasan utama kekalahan United adalah kesalahan budak sekolah oleh 3 pemain iaitu Fred, Luke Shaw dan Dean Henderson.

“[Ketiadaannya] Maguire memang sangat dirasai, tetapi ini adalah kesalahan budak sekolah. Fred tidak berada untuk menekan [pressing] di sana, hanya menyerahkan bola bola kepada lawan.”

“Shaw, pemain antarabangsa yang berpengalaman [tapi tidak bermain baik].”

“Kita sedang membina posisi penjaga gol dan bertanya apakah dia akan menjadi pemain nombor satu di masa depan untuk United, tetapi gagal.”

“Saya sudah melihat beberapa bolos United dalam beberapa perlawanan terakhir di mana posisi badan Henderson sangat ‘kecil’, dan itu yang berlaku dalam gol keempat,” kata Keane yang membidas Henderson yang tidak cukup tangkas untuk membuka badannya.

“Maguire adalah kehilangan bagi mereka, tetapi ini adalah kesalahan murid sekolah di sana, tidak ada kaitan dengan kehilangan Maguire.”

“Bruno Fernandes meluangkan separuh daripada aksi malam ini menangis di atas padang.”

“Selagi lagi di tengah itu United menggandingkan Fred dengan McTominay, pasukan ini tidak akan memenangi sebarang trofi besar.”

“Kumpulan pemain United yang ada ini tidak mampu merapatkan jurang dengan Manchester City.”

Roy Keane merasakan United perlu berbelanja untuk membawa 3 atau 4 lagi pemain berkualiti untuk menguatkan pasukan mereka.

Baca juga artikel

EPL: Liverpool Benam United 4-2, Nyalakan Kembali Impian 4 Teratas

UCL: Aksi Final Bukan Di Turki Ataupun Di England, Tetapi Di Portugal

Menteri Portugal Benarkan Penyokong Masuk Untuk Final UCL, Tapi Sebaliknya Untuk Final Piala Portugal