Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa beliau mengambil risiko ketika menurunkan Harry Maguire dalam aksi berdepan Leicester.

Beliau menyatakan perkara itu selepas tamat perlawanan, di mana Man United tewas 4-2 di tangan Leicester.

Harry Maguire yang masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan di bahagian betisnya.

Man United sebelum ini dilaporkan bakal beraksi tanpa Maguire dan Raphael Varane. Selepas pertahanan Perancis itu cedera dalam aksi antarabangsa.

Solskjaer membuat keputusan mengejutkan apabila tetap menurunkan Maguire. Di mana beliau masih memiliki Eric Bailly dan Phil Jones untuk digandingkan dengan Victor Lindelof.

Tindakan Solskjaer menurunkan Maguire telah memakan diri. Kerana pemain itu bersalah secara langsung atau tak langsung dalam 3 daripada 4 gol Leicester.

Namun Ole Gunnar Solskjaer berpendapat bahawa Harry Maguire telah bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. 4 gol yang mereka lepaskan adalah tanggungjawab berpasukan dan bukannya Maguire.

Dalam erti kata lain, Ole merasakan perjudiannya ke atas Maguire itu membuahkan hasil. Kerana ternyata pemain itu memberikan aksi yang memuaskan hatinya.

“Itu keputusan saya untuk bermain dengan menurunkan Harry. Dia bekerja sangat keras dalam pemulihan dengan fisio.”

“Dan dia kelihatan bersedia, dia tidak merasakan apa-apa kesan selepas itu, dia berlatih dengan kami, dia kelihatan tajam ketika di latihan.”

“Mungkin dia perlu melupakan kesilapan pada babak pertama. Tetapi saya fikir dia berjaya menjadi semakin baik dan lebih baik sepanjang perlawanan.”

“Dia kemudian lebih selesa ketika dengan bola.”

“Saya harus katakan, apabila kamu melepaskan dua bolos daripada setpis, satu lagi gol kita lepaskan hanya 10 saat selepas kamu skor, itu adalah berkaitan dengan fokus dan konsentrasi.”

“Saya bukan nak menuding kesalahan kepada pemain tertentu, kerana kita semua harus bermain lebih baik.”

Baca juga artikel

EPL: Liverpool Menang Bergaya, Mane Skor Gol Seabad, Firmino Hatrik

EPL: Leicester Tewaskan United, Maguire Buat Kesilapan Berdepan Bekas Kelabnya

Barcelona Pernah Terima Tawaran €150 Juta Untuk Ansu Fati Dari Kelab EPL

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group