Pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee kurang senang dengan tindakan segelintir pasukan Liga Malaysia yang cuba memberikan tawaran kepada anak-anak buahnya yang sedang beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019 ketika ini.

OKS mahu 20 pemain yang dibawa ke Filipina tidak diganggu dan diberikan ruang untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi memburu pingat emas dalam temasya kali ini. Menurut Kim Swee, semua pihak perlu menghormati pemain yang sedang berjuang untuk negara ketika ini.

“Perkara ini adalah normal apabila saingan liga domestik telah melabuhkan tirai dan perlawanan antarabangsa akan bercuti buat masa yang lama. Saya pasti pihak kelab dan pemain mempunyai pendapat mereka sendiri tetapi temasya Sukan SEA adalah tugas negara.

“Kalau boleh, saya meminta kepada para pemain untuk memikirkan tentang tawaran yang datang selepas temasya Sukan SEA tamat. Penting untuk kami memberikan sepenuh tumpuan kepada kejohanan yang kami sertai ketika ini,” kata OKS dipetik daripada laporan NST.

KFA
Sumber Gambar: Kedah FA

Kontrak beberapa pemain skuad B-22 tahun negara bersama pasukan negeri atau kelab telah tamat dan mereka kini menjadi sasaran pasukan lain bagi memantapkan pasukan musim hadapan. Selain itu, ada pemain yang telah menandatangni kontrak bersama pasukan baharu musim hadapan.

Antara pemain yang telah menemui pasukan baharu ialah Irfan Zakaria yang menyertai Kedah setelah meninggalkan Kuala Lumpur yang bakal beraksi di saingan Liga Perdana musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai skuad B-22 tahun negara yang telah kami sediakan di sini:

Sukan SEA 2019: Tiga Tonggak Utama Dilanda Kecederaan, Ong Kim Swee Tidak Bimbang

Datuk Ong Kim Swee Mahu Jentera Serangan Tampil Lebih Tajam