Pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kekalahan pasukan negara kepada Filipina dengan keputusan 1-0 dalam aksi perlawanan peringkat kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 semalam sebagai memalukan.

Menurut Kim Swee, pasukan tuan rumah tampil lebih baik berbanding pasukan bimbingannya dan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan.

“Ini bukan keputusan yang baik untuk kita. Kita bolos disebabkan situasi bola mati, tapi ia menunjukkan bahawa Filipina lebih baik malam ini dan mereka lebih ‘lapar’ daripada kita.

“Kita harus malu dengan keputusan ini tetapi dari segi matematik kita masih bepeluang ke peringkat seterusnya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jaringan tunggal ketua pasukan The Azkals, Stephan Schrock pada separuh masa kedua selepas penjaga gol pasukan negara, Haziq Nadzli dan pemain tengah, Daniel Amier gagal untuk mengeluarkan bola hasil daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Shrock.

Selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal, Malaysia wajib meraih kemenangan ke atas Brunei dan Timor Leste sambil mengharapkan pasukan di atas gagal mencatat keputusan positif.

Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara di sini:

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

OKS Gesa Pasukan Liga Malaysia Tidak Ganggu Anak Buahnya

Sukan SEA 2019: Tiga Tonggak Utama Dilanda Kecederaan, Ong Kim Swee Tidak Bimbang