2 tonggak utama bahagian tengah Thailand dalam kejohanan Piala Asia 2019 yang tidak dapat bergandingan dalam beberapa perlawanan kelayakan selepas perlawanan bertemu Vietnam kini semakin hampir untuk pulih sepenuhnya.

Selepas kami melaporkan beberapa hari yang lalu mengenai perkembangan Chanathip Songkrasin yang sudah mula berlatih dengan pasukan utama Hokkaido Consadole Sapporo, seorang lagi pemain yang iaitu Thitipan Puangchan sudah mula diturunkan dalam perlawanan Piala Maharaja Jepun bertemu Vissel Kobe sebentar tadi.

DSC_0992-640×427

Thitipan Puangchan yang mengalami kecederaan ketika bertemu Vietnam dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 terlepas semua perlawanan selepas itu dan dilihat bakal kembali membuat penampilan ketika bertemu Malaysia 14 November 2019 nanti.

Beliau yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke 79 menggantikan Toshio Shimakawa untuk cuba mencari gol penyamaan selepas ketinggalan 0-1 kepada Vissel Kobe.

Berbaki 21 hari lagi menjelang perlawanan bertemu Malaysia di Stadium Bukit Jalil, skuad kebangsaan Thailand dibawah bimbingan Akira Nishino dijangka akan kembali menggunakan gandingan Chanathip Songkrasin dan Thitipan Puangchan sebagai enjin utama mereka.

Khidmat pemain Yokohama F Marinos, Theerathon Bunmathan terpaksa dilupakan akibat penggantungan 1 perlawanan selepas mengumpul 2 kad kuning ketika Thailand mencatat kemenangan keatas UAE di Bangkok.

EHjUp1IWwAEYa4k

Malaysia akan bertemu Thailand pada 14 November sebelum sekali lagi menanti kunjungan seteru serantau, Indonesia pada 19 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baca juga artikel lain yang mantap telah kami sediakan untuk tatapan anda sebagai peminat bola sepak no.1 Malaysia.

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

7 Pemain Malaysia Berisiko Digantung 1 Perlawanan Jika Kutip Kad Kuning Bertemu Thailand

Teerasil Dangda Buktikan Masih Berbisa, Thailand Tumbangkan UAE 2-1 Di Bangkok

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group