Penyerang kelab Chinese Super League (CSL), Shanghai Shenhua iaitu Odion Ighalo menyifatkan perpindahannya ke salah satu kelab terbesar di Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Ighalo menyertai Manchester United secara pinjaman pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk dan kehadiran beliau nyata menerima satu persepsi yang berbeza baik daripada penyokong Red Devils mahupun pemerhati bola sepak dunia.

Namun, bekas penyerang Watford itu berazam mahu memberikan yang terbaik kerana United merupakan pasukan yang diminatinya sejak kecil.

“Impian menjadi kenyataan kerana sejak kecil saya meminanti dan berharap dapat beraksi bersama Manchester United. Apa yang pasti, saya gembira dapat menyertai United. Ini merupakan peluang keemasan untuk saya dan saya bersyukur kepada Tuhan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ejen dan juga pengendali kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berada di sini,” kata Odion Ighalo kepada Sky Sports.

Odion Igalo
Aksi Igahlo bersama Shanghai Shenhua. Sumber Gambar: Nrilla.net

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer pula menyatakan beliau yakin Ighalo akan menyinar bersama kelab barunya kerana mempunyai pengalaman bersama Watford dan telah menjaringkan 16 gol dalam 55 penampilan sebelum ini.

“Ighalo merupakan seorang pemain yang berpengalaman. Beliau akan memberikan kami pilihan berbeza di bahagian serangan meskipun berada dalam tempoh yang singkat,” kata Ole.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak terkini di sini:

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

Syarikat Korea Selatan Muncul Sebagai Penaja Utama Saingan 2 Divisyen Utama Liga Bola Sepak Vietnam

Daniel Amier Jalani Pembedahan, Bakal Terlepas Aksi Awal Musim 2020