Man City rasmi juara EPL musim 2022/23 selepas Arsenal kalah mengejut di tangan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Arsenal masih berusaha menghidupkan saki baki perjuangan mereka. Menyedari bahawa Man City hanya memerlukan 3 mata sahaja lagi untuk bergelar juara.

Dalam aksi sebelum ini Arsenal dikejutkan oleh Brighton. Selepas memenangi aksi menentang Newcastle dan Chelsea.

Belum pun City turun beraksi, Arsenal sudah menyerahkan mahkota kejuaraan EPL kepada Manchester City.

Ianya selepas Arsenal keciciran mata sekali lagi. Di mana gol pada separuh masa pertama Awoniyi membolehkan Forest mengesahkan status mereka kekal di EPL untuk musim hadapan.

Kekalahan tersebut benar benar sukar ditelan oleh penyokong Arsenal yang sebelum ini benar benar yakin bahawa mereka akan menamatkan musim ini sebagai juara.

Prestasi Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir ini terutama sekali sejak April sangat mengecewakan dan menjadi sebab kenapa mereka melepaskan kelebihan dalam persaingan kejuaraan liga.

Dan akhirnya dipintas oleh Manchester City ketika persaingan menuju ke garisan penamat.

Arsenal menjadi pasukan paling lama berada di puncak Liga Perdana Inggeris tanpa memenangi kejuaraan pada akhir musim.

Arsenal menjalani kempen musim ini dengan skuad yang sangat muda. Mereka berjaya mengembalikan semula kelab itu ke UCL musim hadapan.

Malang sekali mereka gagal untuk menjadi juara EPL walaupun satu ketika di hadapan Man City dengan 8 mata.

Bagi Manchester City yang rasmi bergelar juara EPL musim 2022/23, mereka berpeluang menamatkan musim ini sebagai juara treble. Kerana selepas ini mereka masih ada 2 final lagi iaitu UCL dan Piala FA.

Man City juga meraikan kejayaan menjuarai EPL buat kali ketiga berturut turut.