Setelah berjaya menamatkan penantian 23 tahun untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest kini dilihat sudah bersedia ‘memecahkan tabung’ pasukan bagi membawa masuk pemain berkualiti dalam menghadapi musim baharu nanti.

Tidak mahu sekadar menjadi pasukan pelengkap bagi kempen liga bola paling popular di dunia itu, pengurus tertinggi kelab tersebut nyata serius untuk memperkuatkan pasukan yang terkenal dengan dua kejuaraan Eropah dimenangi pada satu ketika dahulu.

Perkara tersebut disuarakan oleh Maltiadis Marinakis yang merupakan anak kepada pemilik pasukan, Evengalos Marinakis dimana beliau mendedahkan Nottingham Forest akan bergerak aktif di jendela perpindahan musim panas nanti.

“Saya rasa sangat luar biasa. Kami membawa masuk pengurus baharu selepas tewas enam perlawanan pada lapan aksi terawal musim ini. Kami berada di tangga terbawah dengan hanya mengumpul empat mata.”

“Sesuatu yang cukup cantik kerana kami juga mencatatkan kemenangan pertama liga bertemu Huddersfield dan kini kami mencapainya [layak ke Liga Perdana Inggeris],” ujar Maltiadis menurut laporan Goal.

“Saya tidak tahu cara untuk menggambarkan perasaan ini tetapi apa yang saya rasai sekarang ialah satu perasaan yang sangat luar biasa.”

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Steve [Cooper] yang datang ke sini dan mengubah segalanya terhadap pasukan ini. Kami fikir dia telah melakukan kerja yang cukup menakjubkan.”

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kami yang telah membawa Nottingham Forest ke pencapaian yang hebat ini, mereka mempamerkan aksi terbaik pada musim ini.”

“Mereka mempamerkan keajaiban selepas permulaan yang teruk. Ayah saya sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan, dia melakukan apa sahaja yang pengurus mahukan. Kami memiliki penyokong yang hebat. Saya merasakan keseluruhannya adalah kerana keajaiban dilakukan Steve.”

“Ini hanya langkah pertama dan perjalanan baharu sahaja bermula. Kami mahu melabur dan membeli pemain untuk membina pasukan yang boleh bersaing dengan sesiapa sahaja di England,” tambah Maltiadis lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Kevin De Bruyne Tak Pandang UNL: “Ianya Piala Yang Tidak Penting”

Sri Pahang Bakal Lengkapkan Proses Naturalisasi Lee Tuck Dan Sergio Aguero

Ralf Ragnick Letak Jawatan!

Sumber