The Reds berputih mata kerana bekas pemain mereka sendiri dalam kunjungan mereka ke Nottingham Forest untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Nottigham Forest berada di tangga tercorot sebelum sepak mula menentang Liverpool. Dan hanya memenangi 1 perlawanan sebelum ini.

Tetapi anak anak buah Jurgen Klopp meneruskan ‘pattern’ tidak konsisten mereka musim ini apabila menelan satu lagi kekalahan.

Liverpool menikmati minggu yang baik sebelum ini dengan 2 kemenangan berturut turut termasuk kemenangan ke atas Manchester City. Tetapi mereka gagal untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut.

Liverpool memiliki peluang awal menerusi Harvey Elliot dan Roberto Firmino namun tidak dapat disempurnakan.

Seterusnya pada minit ke-19, Awoniyi berjaya melorongkan bola untuk disambar oleh Kouyate, tetapi Alisson melakukan penyelamatan kemas.

Seminit kemudian, Mohamed Salah melakukan percubaan yang dihadang oleh McKenna.

Van Dijk turut mempersia siakan peluang beliau pada separuh masa pertama.

Separuh masa pertama Forest beraksi dengan lebih baik berbanding Liverpool. Dengan beberapa ancaman dilakukan oleh Forest.

Separuh masa kedua, Forest terus mencetak gol menerusi Taiwo Awoniyi minit ke-55. Di mana bekas pemain muda The Reds  itu merupakan pemain yang paling banyak memberikan masalah untuk Liverpool.

Dean Henderson melakukan beberapa siri penyelamatan dan tangkapan yang kemas untuk menafikan percubaan tepat Liverpool. Antaranya menafikan tandukan Trent Alexander Arnold.

Alisson turut diancam dengan beberapa percubaan. Namun penjaga gol itu terus cemerlang untuk memastikan Liverpool kekal bersaing dalam permainan ini.

Pada minit ke-90, Van Dijk sekali lagi gagal menyempurnakan peluang terbaik selepas menerima hantaran Trent Alexander Arnold.

Dean Henderson sekali lagi cemerlang menafikan tandukan daripada Van Dijk pada masa kecederaan.

Tamat perlawanan, Liverpool kalah lagi dengan keputusan 1-0.