Liverpool dan Manchester merupakan dua bandar yang penting dalam sejarah England. Namun berlaku persaingan yang kuat di antara kedua dua bandar ini dan merebak ke pentas bola sepak.

Di arena muzik juga apa kurangnya, Liverpool ada The Beatles yang menjadi salah satu entiti penting mewakili bandar mereka selain daripada kelab bola sepak bernama Liverpool FC.

Manchester pula bangga dengan pemuzik seperti The Stone Roses, New Order, The Smiths, serta Oasis.

Segalanya bermula di sini

Pada era revolusi industri (pertengahan tahun 1760 hingga antara tahun 1820 dan 1840), kesemua kota dan bandar di Britain berlumba lumba mahu menjadi yang terbaik.

eb0f68ed00be3e6bf0290aa34ce1efde

Liverpool memiliki kelebihan tersendiri kerana faktor geografinya, Liverpool berada di pinggir pantai England dan menguasai pelabuhan Great Britain. Salah satu simbol pelabuhan Liverpool adalah kapal Titanic yang berlabuh dari sana.

Oleh kerana mereka memiliki sistem pelabuhan yang sangat sistematik dan terbaik ketika itu, maka Liverpool menjadi pusat perdagagangan termasuk import dan eksport.

Manchester tidak mempunyai pelabuhan yang secanggih dan semewah seperti Liverpool. Lalu mereka menumpukan bidang tekstil dan kapas. Oleh itu Liverpool ketika itu rancak dengan pelabuhan mereka, Man United tertumpu kepada industri fesyen/

Pembinaan Terusan Kapal Manchester 1894

Manchester kemudian merasai sangat cemburu melihat kepada pembangunan Liverpool dan dominasi mereka dalam perdagangan. Di mana Liverpool sesuka hati menaikkan kos import dan eksport barangan.

Lalu mereka membina Terusan Manchester yang kedudukannya menghalang kapal ke pelabuhan Liverpool.

sadf

Di mana para pedagang asing yang mahu berurusan dengan kota di Manchester dan sekitarnya, kini tidak perlu pergi ke pelabuhan Liverpool.

3 bulan sebelum aksi pertama di antara dua kelab bola sepak bandar mereka iaitu Liverpool FC dan Newton Heath (Manchester United pada hari ini), telah berlaku konflik di antara pekerja pelabuhan di Liverpool dengan pekerja dari Manchester.

Maka bermulalah semangat permusuhan di barat laut England. Sebenarnya kedudukan Liverpool dan Man United, kedua duanya berada di barat laut England.

Terusan kapal Manchester telah membantutkan kemajuan dan perkembangan bandar Liverpool yang sebelum ini mendahului bandar lain dari segi ekonomi.

Ketika industri pembuatan di Utara England menurun, ekonomi di Manchester dan Liverpool terjerumus ke dalam situasi sukar dan suram.

Tetapi ini tidak langsung mengurangkan kebencian antara kedua dua penduduk bandar walaupun dua dua kini dalam krisis.

Sebaliknya, ia merebak ke arena lain seperti sukan dan khususnya di padang bola sepak antara Liverpool FC dan Manchester United. Sukan bolasepak adalah sukan no.1 di England sejak dulu lagi.

Perlawanan terbesar di Britain

Bagi peminat bolasepak England North West Derby masih perlawanan terbesar setiap musim. Ia masih mampu membuatkan dunia berhenti 90 minit.

Dari segi terma bola sepak Eropah, ianya digelar derbi antara bandar. Namun sebenarnya, mereka boleh dikira derbi berdasarkan kedudukan geografi. Dan beberapa ciri ciri lain yang membuatkan perlawanan ini digelar derbi.

17ca559d5255fa250215af2b80c36986_754x

Bola sepak Inggeris mempunyai banyak derbi walaupun tak sebanyak di Itali. Antaranya:

1. Liverpool Everton v (Merseyside Derby)
2. Arsenal v Tottenham Hotspur (North London Derby)
3. Manchester United v Manchester City (Manchester Derby)
4. Newcastle v Sunderland (Tyne-Wear Derby)

Alex Ferguson baru baru ini sekali lagi mengulangi pendapatnya tentang derbi ini dengan berkata:

“Saya sentiasa menganggap Manchester United vs Liverpool sebagai derbi utama setiap musim. Sebabnya mudah, dua pasukan paling berjaya di Britain bertemu satu sama lain – kamu boleh kira jumlah trofi kedua dua pasukan ini [kalau tak percaya].”

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1350162547907973121

“Jelas sekali, kamu harus menewaskan Liverpool untuk memenangi apa sahaja. Ianya situasi sama seperti saya di Abderdeen dahulu, kamu kena kalahkan Rangers atau Celtic untuk menang apa sahaja. Kamu harus tambah sikap dan mental kamu untuknya.”

“Realitnya, inilah permainannya. Liverpool sangat berjaya pada 70-an dan 80-an ianya luar biasa.”

“Untuk mencapainya, saya harus mengambil jalan yang sentiasa sukar, bermakna saya perlu menunggu untuk membina kelab. Akhirnya saya berjaya membentuk yang luar biasa untuk kami.”

Walaupun Manchester City adalah derbi sebandar untuk Man United, namun rata rata peminat Man United tetap menganggap ini lebih daripada Manchester Derby.

Begitu juga dengan penyokong Liverpool. Aksi derbi barat laut England ini lebih penting berbanding Everton.

Kedua dua pasukan memiliki 39 kejuaraan Liga Inggeris dan juga 9 Liga Juara Juara Eropah – di antara mereka.

soccer-barclays-premier-league-manchester-united-v-liverpool-old-trafford-84-752×501

Masyarakat Liverpool dan Manchester tetap saling memerlukan

Walaupun kedua dua kota tersebut sering bermusuh di padang bola sepak, namun di luar bola sepak kedua duanya saling menyokong. Kedua duanya saling memerlukan untuk memastikan suara mereka didengar pemerintah.

Bandar Manchester dan Liverpool saling menyokong antara satu sama lain bagi memberikan tekanan kepada pemerintah berkaitan dengan isu pilih kasih dan pemusatan pembangunan di England – yang terlalu bertumpu di London.

Sebelum ini Liverpool menyokong Manchester dalam bidaan mereka menjadi tuan rumah Sukan Komanwel. Yang dianggap penting untuk ekonomi mereka.

Dan sebelum ini, Sir Richard Leese, Ketua Majlis Bandaraya Manchester menyatakan bahawa mereka dari Manchester akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi untuk Liverpool yang membida hak pengajuran Sukan Komanwel 2026.

Malah sikap kedua dua masyarakat di Manchester dan Liverpool seringkali dibenci oleh pemimpin politik tertinggi di England ataupun UK. Tidak hairan melihat Marcus Rashford baru baru ini menjadi kecaman segelintir ahli politik kerana kelantangannya mengkritik kerajaan yang mahu menghentikan bantuan makanan kepada kanak kanak sekolah ketika covid.

Usaha Rashford itu disokong oleh masyarakat di Liverpool. Malah di Everton, Rashford mendapat ucapan terima kasih daripada ‘Scouser’.

Bukan itu sahaja, pemimpin dari kedua dua bandar Manchester dan Liverpool seringkali memperkasakan semangat masyarakat mereka agar terus utuh dan berjuang untuk kemajuan di barat laut Inggeris.

Pada 2008, Manchester menzahirkan sokongan mereka kepada Liverpool untuk menjadi European Capital of Culture.

Pada 2011, Financial Times menyatakan kedua dua bandar Manchester dan Liverpool bergabung untuk membangunkan ekonomi mereka lebih dari sebelumnya agar tidak ketinggalan daripada pembangunan ‘panas’ di London.

Baca juga perkembangan lain

Analisis: Bagaimana Persiapan Dan Perlaksanaan Man United Memusnahkan Leeds United 6-2

Analisis: Tactical Error Leipzig Babak Kedua Membuatkan Mereka Dibantai Rashford

Roses Derby, Sejarah Panjang Permusuhan Man United Dan Leeds Bermula Daripada Perebutan Tahta Dua Kota