Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha telah menerima pingat kejuaraan Thai League 1 bagi saingan musim 2020/2021.

Ketika beraksi di Thailand, pemain yang mesra disapa Matyo itu menyarung jersi BG Pathum United yang kemudiannya muncul sebagai juara dengan kelebihan 14 mata dihadapan pasukan tempat kedua, Buriram United.

Matyo beraksi sehingga pertengahan musim bersama BG Pathum dan timbul persoalan sama ada pemain berusia 34 tahun itu akan menerima pingat kejuaraan atau sebaliknya memandangkan beliau tidak beraksi sehingga penghujung musim.

Namun, Matyo mengesahkan beliau bakal menerima pingat kejuaraan dan semalam pemain yang kini beraksi bersama Sarawak United itu telah menerima pingat tersebut.

Kejayaan bersama BG Pathum membuatkan Norshahrul mencipta sejarah sebagai pemain pertama Malaysia yang memenangi takhta liga di Thailand.

Baru-baru ini, seorang lagi pemain Malaysia, Nick Swirad mengikut jejak langkah Matyo apabila memenangi saingan Thai League 2 bersama Nongbua Pitchaya.

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia yang beraksi di Thailand di sini:

Junior Eldstal Mahu Kembali Beraksi Bersama Pasukan Kebangsaan

Junior Eldstal Teruskan Rentak Cemerlang, Berjaya Jaringkan Gol Pertama Dalam Thai League

Nick Swirad Jadi Pemain Kedua Malaysia Menangi Takhta Liga Di Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group