Menjelang perlawanan dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada 10 Oktober ini, penyerang pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha percaya Malaysia mampu membawa pulang keputusan positif dari bumi Hanoi.

Menurut pemain yang mesra disapa Mat Yo itu, jika pemain bersatu hati ketika beraksi di atas padang tidak mustahil Malaysia mampu menewaskan Vietnam sekaligus membalas dendam di atas kekalahan pada perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Norshahrul
Norshahrul Idlan Talaha. Sumber Gambar: FAM

“Memang mereka memiliki pemain pertahanan yang beraksi di Eropah dan situasi itu mungkin boleh menjadi satu kelebihan buat Vietnam.

“Namun, jika barisan pemain dapat bersatu hati dan memberikan lebih 100 peratus, mungkin kita boleh mendapatkan keputusan positif di sini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Norshahrul
Doan Van Hau

Pemain pertahanan yang dimaksudkan oleh Mat Yo ialah Doan Van Hau yang beraksi bersama SC Heerenveen dalam saingan Eredivisie Belanda musim ini. Selain memanggil Van Hau, ketua jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo turut memanggil seorang lagi pemain yang berpangkalan di Eropah iaitu Nguyen Cong Phuong yang beraksi bersama pasukan Jupiler Pro League Belgium, Sint-Truidense.

Tambah Norshahrul, beliau mempunyai misi iaitu mahu merobek gawang yang bakal dijaga oleh penjaga gol Muangthong United, Dang Van Lam sekaligus membantu pasukan negara membawa pulang tiga mata penuh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan negara di sini:

Purata Umur Skuad Malaysia 25.65 Tahun, Senarai Akhir 23 Pemain Untuk Bawa Pulang 3 Mata Dari Hanoi

Tan Cheng Hoe Mahu Skuad Harimau Malaya Bawa Pulang Tiga Mata Dari Vietnam

Tan Cheng Hoe Berpuas Hati Dengan Prestasi Pemain Simpanan