Penyerang baharu Sarawak United, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan sasaran sebagai juara Liga Perdana musim ini sekaligus layak ke saingan Liga Super musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi Facebook pasukan dimana Matyo menjadi senjata baharu skuad E.Elavarasan bagi menghadapi saingan musim 2021.

“Dengan izin Allah, harapan saya pada pasukan Sarawak menjari juara pada tahun ini sekaligus layak ke Liga Super 2022 dengan hasil sokongan dari semua pihak,” katanya.

Norshahrul atau Matyo kembali beraksi di Liga Malaysia setelah berkelana ke saingan Thai League 1 bersama BG Pathum United musim lalu.

BG Pathum tidak melanjutkan kontrak Matyo sekaligus pemain berusia 34 tahun itu kembali ke Malaysia dan menyertai Sarawak United.

Selain Norshahrul Idlan Talaha, Sarawak United turut membawa masuk pemain berprofil tinggi yang lain seperti Taylor Regan, Sandro Da Silva, Gopi Rizqi serta S.Chanturu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?

Yee Fatt Optimis Shakir Hamzah Mampu Beri Sumbangan Berkesan

unifi Terus ‘Kuasakan’ Siaran Langsung Saingan Liga Super 2021