Bekas penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menafikan khabar angin yang mengatakan beliau bakal beraksi bersama bekas pasukannya, TRW Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Norshahrul atau yang lebih mesra disapa Matyo tidak mendapat kontrak lanjutan bersama Sarawak United dan sumber menyatakan beliau sedang berunding dengan beberapa kelab Liga Malaysia termasuk Kelantan.

Matyo lantas menafikan perkara itu dengan menyatakan beliau hanya mempertimbangkan tawaran dari pasukan yang serius mahukan khidmat bekiau dan bukan sekadar mahukan marketing.

“Ada beberapa lagi pasukan yang membuat rundingan tetapi kalau marketing lebih dari betul saya tak minat. Maafkan saya, sebab hidup saya sebagai pemain bolasepak lebih pada hasilnya dari marketing.

“Yang pasti, saya menandatangani kontrak bersama Astro Arena selama setahun, Maafkan saya, saya tidak sign dengan The Red Warriors!” kata Norshahrul Idlan Talaha.

Norshahrul Idlan Talaha
Norshahrul Idlan Talaha

Untuk rekod, Matyo pernah beraksi bersama Kelantan pada 2010 hingga 2012 dan beliau memenangi beberapa kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan liga domestik seperti dua Piala Malaysia, dua gelaran Liga Super dan satu kejuaraan Piala Sumbangsih.

Ketika bersama Kelantan, Norshahrul juga pernah memenangi beberapa gelaran individu antaranya Penyerang dan Pemain Paling Bernilai saingan Liga Super pada musim 2010 hingga 2012.

Matyo kemudiannya menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan selepas itu beliau berkelana dengan menyertai beberapa pasukan antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu, Felda United dan Sri Pahang.

Kemuncak karier Matyo adalah menyertai kelab Thailand, BG Pathum United pada musim 2020 dimana BG Pathum muncul juara saingan Thai League pada musim tersebut dan Matyo turut memperoleh pingat kejuaraan.

Seorang lagi bekas pemain Kelantan, Wan Zack Haikal turut dikaitkan dengan pasukan itu selepas beliau tidak mendapat kontrak lanjutan bersama Selangor.

Namun, tiada kata putus yang diperoleh ketika rundingan diadakan oleh kedua-dua pihak menyebabkan Wan Zafk kini diburu oleh dua pasukan iaitu Perak dan Melaka United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta

Herold Goulon Kekal Beraksi Dalam Liga Malaysia, Kali Ini Bersama Negeri Sembilan

Rezal Zambery Yahya Digantung 2 Bulan Daripada Aktiviti Bola Sepak, Safiq Rahim Digantung 3 Perlawanan