Norshahrul Idlan Talaha kini memegang status sebagai pemain dari Malaysia yang pertama yang akan memiliki medal kejuaraan Thai League selepas BG Pathum United dinobatkan selaku juara musim 2020/2021 semalam.

VOCKET FC yang menghubungi beliau melalui ejennya bagi mendapatkan pengesahan, telah dimaklumkan bahawa pihak kelab BG Pathum United sudah pun menghubungi beliau mengenai perkara tersebut.

“Alhamdulillah dapat. Pihak pengurusan kelab (management) sudah call.”

“Tapi team tak boleh (medal) lagi. Nanti ada hari mereka celebrate, saya bukan boleh join sebab liga dah start disini.”

“Mereka akan pos medal kepada saya.”

EvpAyL3VoAQMRsJ

Skuad BG Pathum United dinobatkan selaku juara saingan Thai League 1 2020/2021 selepas mencatatkan 66 mata dengan baki 6 perlawanan tanpa mampu dikejar oleh pencabar terdekat seperti Buriram United dan Port FC.

Kelab ini sebenarnya baru sahaja naik ke saingan divisyen tertinggi bola sepak Thailand pada musim 2020 selepas muncul juara saingan Thai League 2 pada 2019.

Seperti yang kita ketahui, kelab BG Pathum United telah melakukan beberapa perubahan besar terutama dengan pengambilan beberapa nama besar dalam skuad mereka sebagai persediaan untuk menghadapi sainga AFC Champions League musim 2021 ini seperti Diogo dan Teerasil Dangda.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian

Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?

Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja