Penyerang skuad kebangsaan yang beraksi bersama BG Pathum United dalam saingan Thai League 1, Norshahrul Idlan Talaha berkata kelab semasa beliau mempunyai kualiti serta pengurusan yang dianggap baik.

Pemain yang mesra disapa Matyo itu berkata beliau mempunyai masa yang baik sejak menyertai BG pada awal musim ini dan beliau berharap dapat membalas budi pasukan dengan menampilkan persembahan terbaik.

“Saya mempunyai waktu yang baik sejak menyertai BG Pathum United. Kami sudah seperti satu keluarga dan rakan sepasukan saya banyak membantu saya ketika proses menyesuaikan diri. Saya harap dapat membalas budi dengan menampilkan prestasi terbaik,” katanya.

Norshahrul
Sumber Gambar: BG Pathum United

Menurut Matyo, beliau berharap dapat menampilkan aksi yang memberangsangkan tanpa mengira posisi yang ditetapkan oleh ketua jurulatih pasukan, Dusit Chalermsan.

“Kini saya sedang menyesuaikan diri dengan posisi yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Saya mahu membuktikan saya mampu untuk menampilkan prestasi terbaik. Apa yang saya perlukan ialah sokongan dari rakan sepasukan dan juga penyokong. Saya tidak sabar untuk saingan Thai League kembali bersambung,” tambahnya.

Selain Matyo, Malaysia mempunyai seorang lagi pemain yang beraksi di Thailand iaitu Dominic Tan dimana beliau menyarung jersi Police Tero FC.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United dan Norshahrul Idlan Talaha di sini:

Naib Presiden BG Pathum United Nafi Kelab Mahu Tandatangani Diogo Luis Santo

Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1

Dominic Tan Dan Norshahrul Setuju Gaji Dipotong Oleh Pihak Kelab