Saingan J. League 1 dijangka akan kembali pada 4 Julai ini. Bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19, semua perlawanan bola sepak di negara Jepun itu akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Normal baharu bola sepak dunia itu menyaksikan suasana stadium agak suram dan tiada lagi bunyi sorakan daripada penyokong untuk memberi semangat tambahan kepada para pemain di atas padang.

Oleh sebab itu, para pengurusan kelab perlu mencari jalan bagi membangkitkan semangat pemain supaya mereka dapat menampilkan aksi yang lebih baik.

Isu tersebut telah mendapat perhatian daripada syarikat Yamaha Corporation yang mencadangkan idea berani untuk mengatasi masalah ini. Pada 13 Mei lepas, mereka telah memperkenalkan aplikasi “Remote Cheerer” dengan sistem bunyi yang lebih baik untuk membolehkan para peminat bola sepak bersorak dari rumah sendiri.

Terdapat pelbagai jenis bunyi telah ditawarkan dalam aplikasi ini iaitu bunyi tepukan, siulan dan kata-kata semangat. Aplikasi ini juga membolehkan para peminat bersorak melalui telefon bimbit ketika menonton perlawanan secara langsung dimana-mana sahaja mereka berada.

Yamaha baru-baru ini telah menguji keberkesanan aplikasi ini di Stadium Shuzuoka dengan kerjasama dua kelab Liga Jepun, Jubilo Iwata dan Shimizu S-Pulse.

58 pembesar suara telah ditempatkan pada beberapa tempat duduk yang kosong dan pelbagai jenis bunyi sorakan telah bergema seolah-olah seperti sedang beraksi di hadapan 50,000 orang penonton.

Bagaimanapun, aplikasi ini tidak membenarkan para penyokong mempersoalkan keputusan pengadil atau memarahi pemain ketika perlawanan berlangsung.

Screen Shot 2020-06-03 at 4.48.54 PM (2)

Para peminat juga boleh memilih kedudukan tempat duduk yang mana mereka mahu bersorak. Adakala mereka juga boleh memilih untuk melontarkan bunyi sorakan di belakang tiang gol untuk disampaikan kepada pemain.

“Pengguna akan dapat merasakan kehadirannya di tempat itu, walaupun itu adalah stadium besar,” kata Yamaha dalam satu kenyataan, sambil menambahkan bahawa sistem itu mampu menghidupkan suasana di tempat perlawanan.

“Penyokong adalah elemen penting dalam perlawanan. Sebagai bekas pemain bola sepak profesional, saya tahu bagaimana rasanya bermain tanpa kata-kata semangat daripada mereka,” kata Jumpei Takaki daripada bahagian pemasaran Shimizu S-Pulse.

Yamaha akan terus memberikan sokongan dan promosi sistem untuk menyumbang kepada persekitaran di mana semua orang dapat menonton acara sukan dengan selamat dan fikiran dalam keadaan normal.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Jepun melalui pautan dibawah.

J League Bersambung Pada 4 Julai, Kelab Sudah Mula Menjalani Latihan

J.League Sediakan ‘Pinjaman Kecemasan’ Berjumlah RM480 Juta Untuk Semua 58 Buah Kelab

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah