Pemain tengah pasukan kebangsaan, Nor Azam Azih meluahkan kekecewaan beliau kerana tidak sempat untuk pulih daripada kecederaan yang dialami menjelang perlawanan menentang Sri Lanka dan Vietnam pada 5 dan 10 Oktober ini.

Azam mengalami kecederaan buku lali kanan dan beliau menegaskan peluang untuk tampil dalam dua perlawanan akan datang dilihat amat tipis.

Menurut pemain tengah Pahang itu, beliau masih mengalami kesakitan di bahagian buku lali kanan selepas melakukan latihan ringan.

Nor Azam Azih
Sumber Gambar: FAM

“Kecederaan saya masih sama macam bila berlari lepas itu bengkak akan naik balik.

“Saya rasa mungkin tak sempat (pulih sebelum menentang Vietnam) lagipun tinggal beberapa hari lagi perlawanan dia Hanoi. Saya cuma fokus untuk pemulihan dan fisioterapi.

“Saya rasa kalau ikutkan banyak lagi perlawanan selepas Vietnam ada lagi dua atau tiga 3 perlawanan. Kalau saya tak sempat bermain lawan Vietnam, panggilan skuad negara yang seterusnya saya akan buat apa yang mampu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Nor Azam Azih
Sumber Gambar: FAM

Kecederaan buku lali kanan merupakan kecederaan lama yang dialami oleh Nor Azam Azih dan ianya kerap kali mengganggu pemain itu khususnya ketika beraksi bersama pasukan negara.

Azam pernah digugurkan sebelum saingan Piala AFF Suzuki 2018 bermula sekaligus terlepas peluang membantu pasukan negara meraih kedudukan tempat kedua di belakang pasukan Vietnam.

Masih lagi menjadi teka-teki mengenai pemain mana yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azam dalam kesebelasan utama pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bulan Oktober 2019

Shahrel Fikri Pemain Terbaru Masuk Dalam Senarai Kecederaan

Luqman Hakim Dan Mukhairi Ajmal Mungkin Sertai Skuad Harimau Malaya Tahun Depan