Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine dalam kem latihan skuad bawah 23 tahun negara mengundangkan rasa teruja dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Mempunyai pengalaman eropah dan beraksi dengan kelab divisyen 1 Finland,  SJK Seinäjoki serta divisyen 2, SJK Akatemia, pemain tengah yang berusia 20 tahun itu diharapkan dapat membantu pasukan negara dalam dua kejohanan penting bulan depan.

Bagaimanapun, menurut laporan New Straits Times, ketua jurulatih, Brad Maloney mengesahkan pemain itu tidak akan beraksi dalam saingan Sukan SEA kerana masih dalam proses dokumentasi dengan jabatan imigresen.

“Laine disini untuk menyelesaikan beberapa dokumen dengan pihak imigresen. Kelabnya memberi pelepasan untuk menjalani latihan bersama kami. Dia tidak sempat beraksi dalam Sukan SEA. Kami akan menyenaraikannya untuk Piala Asia B-23.

“Kami akan membantunya kekal cergas sepanjang berada di sini. Laine masih muda dan kerap beraksi dalam Liga Finland. Sudah tentu beliau mempunyai kualiti yang tersendiri. Kami akan sentiasa memantau prestasinya dalam sesi latihan,” kata Maloney.

FOTO: FAM

Seramai 17 pemain, termasuk tambahan tiga lagi pemain yang baharu melaporkan diri telah menjalani latihan di padang INSPEN, Bangi. Selain Nooa Laine, turut lapor diri ialah pemain yang berpangkalan di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan pemain PJ City FC, Zainal Abidin Jamil.

Kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan ini sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 sebelum terbang ke Uzbekistan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 bermula 1 hingga 19 Jun 2022.

Baki pemain lain dari senarai 31 pemain yang dipanggil oleh Maloney akan melapor diri secara berperingkat selepas masing-masing selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing.

Maloney kemudian akan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA. Mengikut peraturan penganjur, seramai 20 pemain sahaja boleh dibawa dan pemain tambahan hanya dibenarkan menyertai pasukan jika terdapat mana-mana pemain disahkan positif COVID-19 untuk menggantikan pemain tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Luqman Hakim Bakal Sertai Kem Latihan Skuad B-23 Tahun Negara Pada Sabtu

Skuad Bawah 17 Tahun Malaysia Berpeluang Jalani Latihan Di Akademi Juventus

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Dion Johan Cools Tidak Sabar Beraksi Di Hadapan Penyokong Harimau Malaya