Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mendedahkan dalam New Straits Times mengakui penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan Liga Malaysia pada musim ini memberi kesan dari segi kewangan pasukannya.

Wabak pandemik itu menyebabkan ekonomi negara telah terjejas sehingga memberi masalah kepada syarikat penaja untuk terus memberi penajaan ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan dari segi kutipan tiket.

“Penaja kami turut terkesan. Mereka juga mempunyai masalah kewangan. Kami berdepan detik sukar kerana beberapa penaja telah menarik balik tajaan mereka. Namun, jika keadaan perniagaan mereka kembali pulih, mereka akan kembali menaja kami.

“Itu semua bergantung pada status Liga-M sama ada akan disambungkan atau tidak. Sekiranya tidak berlaku, kita perlu mencari jalan lain untuk memenuhi kewajipan kewangan kita,” katanya.

Hasrat
Skuad Kuala Lumpur pada musim 2020. Sumber Gambar: KL Hawks

KLFA telah diberi tempoh sehingga hari ini oleh FAM untuk menunjukkan pelan penstrukturan pemotongan gaji pemain. Namun, Nokman menjelaskan badan induk itu memerlukan sedikit masa kerana belum mencapai kata sepakat dengan para pemain.

“Kami telah memohon penambahan masa daripada FAM dan kami juga telah menyerahkan dokumen Program Kawalan Ekonomi kepada pihak yang berkaitan. Saya rasa kami hanya mempunyai masa sehingga hari Isnin (hari ini) untuk membuat keputusan mengenai pemotongan gaji.

“Kita juga telah menghantar proposal pemotongan gaji kepada para pemain pada hari jumaat dan sedang menunggu jawapan daripada mereka,” jelas Nokman dalam NST.

Dalam saingan Liga Premier musim ini, skuad kendalian Nidzam Adzha itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan selepas mencatat dua kemenangan dan dua keputusan seri sehingga liga ditangguhkan pada 16 Mac lalu.

Baca artikel lain berkaitan dengan kesan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan sukan bola sepak.

Presiden FIFA Bayangkan Bola Sepak Dunia Bakal Lingkup Akibat COVID-19

Kantung Kewangan Kedah FA Sedikit Terjejas Akibat Wabak COVID-19

J.League Umum Tunda 94 Perlawanan Liga Dan Piala Liga Sehingga Pertengahan Mac 2020 Akibat COVID-19