Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino menggesa agar anak buahnya segera bangkit setelah tewas mengejut kepada kelab Thai League 2, Nakhon Pathom United dalam satu perlawanan persahabatan.

Nishino memanggil seramai 13 muka baharu bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagi menguji pemain baharu, bekas pengendali skuad Piala Dunia 2018 Jepun itu memutuskan untuk mengadakan perlawanan persahabatan Nakhon Pathom United. Namun, keputusan perlawanan tidak memihak mereka apabila tewas dengan keputusan 1-0.

“Tidak banyak yang boleh saya katakan. Mereka akan kembali ke kelab masing-masing dan saya akan memantau perkembangan mereka.

“Banyak faktor yang menyebabkan mereka gagal menjaringkan gol. Kami harus belajar untuk menyesuaikan diri ketika perancangan tidak menjadi. Kami tidak mampu untuk merencanakan gerakan kerana cuaca yang buruk.

“Saya benarkan pemain membuat kesilapan pada perlawanan ini. Yang penting, bagaimana kami memperbaiki segala kelemahan, terutamanya individu,” kata Nishino.

Nakhon Pathom United
Sumber Gambar: Changsuek

Nishino dijangka memanggil semula pemain sedia ada pada masa akan datang bagi memberikan lebih banyak pendedahan bersama pasukan kebangsaan.

Langkah ini juga sebagai alternatif sekiranya empat pemain yang berpangkalan di Jepun seperti Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmathan dan Kawin Thamsatchanan tidak dapat menyertai pasukan.

Baca artikel lain mengenai Akira Nishino di sini:

Akira Nishino Panggil 13 Muka Baharu Sertai Kem Latihan Skuad Kebangsaan Thailand

Akira Nishino Harapkan Empat Pemain Berpangkalan Di Jepun Bantu Thailand Atasi Malaysia Dan Vietnam

FAT Minta Kebenaran Khas Bawa Masuk Akira Nishino Dan 80 Pemain Import Kelab Thai League