Laporan daripada Harian Metro hari ini mendedahkan nilai tajaan untuk saingan Liga Malaysia bermula pada tahun ini telah mencecah RM30 juta untuk tiga musim daripada Telekom Malaysia (TM) manakala CIMB Bank pula kira-kira RM10 juta untuk dua musim.

Ia bermakna setiap pasukan dalam Liga Super dan Liga Premier akan berkongsi sebanyak RM15 Juta untuk musim ini dan kemungkinan satu lagi penaja baharu bakal diumumkan oleh badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL).

EQoCIzNVAAEX1dl

FOTO: twitter @leredza

Menurut sumber daripada akhbar tersebut, nilai itu memang berkurangan jika dibandingkan dengan musim lalu dimana MFL berjaya mendapatkan nilai keseluruhan RM496.6 juta untuk tempoh lapan musim dari 2018 hingga 2025.

“Kalau nak buat perbandingan dengan sebelum ini memang jauh sangat jumlah tajaan kali ini. Masa itu pun (2018) setiap pasukan dapat RM3 juta bagi Liga Super dan RM1 juta Liga Perdana sebab tajaan ketika itu memang banyak.

“Tapi kali ini mungkin kurang daripada sebelum ini buat setiap pasukan tapi ia belum muktamad, kemungkinan nilai berkenaan akan bertambah lagi sebab MFL sedang berunding dengan satu lagi penaja yang agak terkemuka.

“Ia untuk tajaan Liga Perdana dan kalau jadi, mungkin tajaan musim ini bertambah. Bila bertambah, maknanya lagi banyak dana yang akan diraih pasukan musim ini. Tapi untuk setakat ini, memang TM dan CIMB adalah penaja yang besar untuk Liga M,” katanya seperti dipetik dalam Harian Metro.

tm-01-1200×619

Sebelum ini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menjelaskan pihaknya tidak boleh mendedahkan nilai tajaan yang sebenar kepada umum kerana mendapat permintaan daripada pihak penaja.

Pada masa yang sama, Dato’ Ab Ghani turut menyatakan pihaknya akan bertemu dengan rakan kongsi bagi memaklumkan mengenai nilai tajaan.

“Kita akan membuat perjumpaan dengan rakan kongsi tidak lama lagi selepas menandatangani perjanjian dengan TM dan juga CIMB untuk membuat penerangan mengenai penajaan yang diperoleh,” katanya.

Lihat artikel lain mengenai pengumuman penaja Liga Malaysia untuk musim 2020 yang mungkin anda terlepas pandang.

RASMI: MFL Umumkan CIMB Bank Sebagai ‘Title Sponsor’ Saingan Liga Super Malaysia Dan Piala Sumbangsih

RASMI: TM Sah Penaja Utama Liga Malaysia, Komitmen 3 Tahun Bukti Sokongan Terhadap Bola Sepak Tempatan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group