Saingan Thai League musim ini diwarnai oleh tiga pemain Malaysia yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan baik bersama pasukan senior mahupun skuad bawah umur.

Ketiga-tiga pemain ini sudah pasti mempunyai nilai pasaran dan di sini kami senaraikan nilai pasaran semasa tiga pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Tan dan Zafuan Azeman berdasarkan penilaian laman Transfermrkt.

1. Norshahrul Idlan Talaha (RM700,000)

Nilai

Sumber Gambar: BG Pathum United

Hasrat untuk melihat Norshahrul beraksi di luar negara akhirnya terlaksana apabila beliau menyarung jersi BG Pathum United.

Bersama juara Thai League 2 musim 2019 itu, Matyo beberapa kali diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum saingan dihentikan kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Matyo menjadi pemain dengan nilai tertinggi dalam senarai ini.

2. Dominic Tan (RM235,000)

Nilai

Sumber Gambar: Police Tero FC

Musim 2020 merupakan musim kedua Dominic bersama Police Tero. Setakat ini, bekas pemain skuad B-23 tahun negara itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam saingan Thai League 1.

3. Zafuan Azeman (RM300,000)

Nilai

Sumber Gambar: Angthong FC

Nilai pasaran semasa Zafuan Azeman tidak diambil daripada laman Transfermrkt.

Berdasarkan sumber yang pernah menguruskan Zafuan ketika menjalani tempoh ujian bersama Yangju Citizens di saingan K-League, Angthong meletakkan release clause sekitar ฿3 Juta atau sekitar RM300,000.

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia dalam saingan Thai League di sini:

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin

Thai League 1: Police Tero Kejutkan Bekas Juara, Buriram United

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group