Badan pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) semalam mengumumkan Nike Merlin II sebagai bola rasmi untuk semua perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2020.

Nike Merlin merupakan bola yang sering digunakan dalam liga terbaik dunia seperti English Premier League dan Serie A.

Liga Malaysia merupakan yang kelima di Asia menggunakan bola tersebut selain A-League (Australia), UAE Arabian Gulf League (UAE), China Super League (China), dan Saudi Professional League (Arab Saudi).

Bola Nike Merlin dibuat dengan teknologi ACC – All Condition Technology. Teknologi ini turut dipanggil Urban Grip, yang membantu meningkatkan lagi kualiti ‘traction’ di kesemua permukaan bola.

Menurut Nike, bola itu sesuai dimainkan dalam mana-mana keadaan padang. Malah, Nike Merlin juga merupakan bola yang turut memiliki ‘sweet spot’ yang lebih besar.

Saingan Liga Malaysia akan membuka tirainya pada 28 Februari 2020 bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim.

MFL minggu lalu mengumumkan Telekom Malaysia menerusi subsidiarinya TM Multimedia (TMM) sebagai penaja bersama bagi Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup.

Kerjasama ini meliputi hak penyiaran eksklusif dan hak streaming mobile serta dalam talian bagi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA and Piala Malaysia pada semua platform unifi TV.

Manakala CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank”) merupakan Bank Rasmi untuk Liga Malaysia, termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia, dan Challenge Cup.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

RASMI: MFL Umumkan CIMB Bank Sebagai ‘Title Sponsor’ Saingan Liga Super Malaysia Dan Piala Sumbangsih

RASMI: TM Sah Penaja Utama Liga Malaysia, Komitmen 3 Tahun Bukti Sokongan Terhadap Bola Sepak Tempatan

MFL Cari Lebih Banyak Penaja Bagi Pastikan Liga Malaysia Efisyen