Penyerang muda Thailand yang semakin mencipta nama di kejohanan peringkat Asia, Suphanat Mueanta, telah menerima sepasang kasut khas dari Nike selepas memecahkan rekod kejohanan AFC U23 2020 yang sedang berlangsung sehingga 26 Januari 2020.

Thailand selaku tuan rumah kejohanan, berjaya mempamerkan aksi yang cukup bergaya apabila membelasah pasukan Bahrain 5-0 dalam perlawanan pertama mereka 2 hari yang lalu, dimana Suphanat Mueanta telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

EN2gsAeXsAcpIGE

Sehingga kini, Suphanat Mueanta yang berusia 17 tahun itu telah berjaya mencatat rekod sebagai;

  • Pemain dan penjaring gol paling muda dalam sejarah Thai League
  • Penjaring gol paling muda dalam sejarah bola sepak AFC Champions League
  • Pemain paling muda dalam sejarah skuad kebangsaan Thailand
  • Penjaring paling muda dalam sejarah kejohanan AFC U23
EKnVpjLU4AIBW3e
Gandingan adik beradik tiri Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta bakal mengegarkan bola sepak Thailand dimasa depan.

Pemenang anugerah pemain muda terbaik pada AFF Awards 2019 itu juga dilihat semakin serasi bergandingan dengan abang tirinya iaitu Suphachok Sarachat yang turut menjaringkan gol dalam perlawanan bertemu Bahrain, untuk membawa Thailand mencari tempat di saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kedua-dua pemain itu kini beraksi untuk Buriram United dan dilaporkan juga seorang lagi adik kepada Suphanat Mueanta sudah pun direkrut masuk ke akademi pasukan Buriram United dari akademi Sisaket FC dan beraksi diposisi pertahanan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Beri Bonus RM1.35 Juta Kepada Pasukan U23 Selepas Belasah Bahrain 5 Gol Tanpa Balas

Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan