Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nike Flight telah dipilih sebagai bola rasmi untuk semua perlawanan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 kumpulan G di Dubai, UAE. Ia dapat dilihat apabila pasukan negara menjalani latihan dengan menggunakan bola tersebut.

Nike Flight merupakan antara bola yang sering digunakan dalam liga terbaik dunia seperti English Premier League (EPL) dan Serie A.

Liga Malaysia juga turut menggunakan bola tersebut di Asia selain A-League (Australia), UAE Arabian Gulf League (UAE), China Super League (China), dan Saudi Professional League (Arab Saudi).

flight-football-jQ8cb9

Bola sepak mempunyai pergerakan yang tidak dapat diramalkan ketika berada di udara kerana mempunyai pelbagai parameter aerodinamik. Sebagai contoh, jika bola terlalu ringan ia boleh menyebabkan perubahan arah yang lebih kerap disebabkan oleh kelajuan angin yang terdapat disekitarnya

Situasi ini akan menyebabkan pemain sukar melakukan rembatan dengan tepat ke arah gawang gol dan pergerakan bola menjadi tidak konsisten. 

Oleh itu, Nike Flight telah dilengkapi dengan teknologi baharu iaitu Aerowsculpt. Ia merupakan alur khas yang terdapat pada bola tersebut untuk mengurangkan rintangan angin dan kestabilan. Revolusi aerodinamik ini akan memberikan layangan 30 peratus lebih tepat.

Nike-SoccerBall-Windtunnel_original

“Segalanya telah diuji dalam makmal yang berakar pada sains,” kata Kieran Ronan, wakil Nike dari Global Football Equipment.

“Di sini, kami cuba mengubah sesuatu mengikut kefahaman sains dan teknologi Aerowsculpt itu sendiri diilhamkan oleh bentuk yang terdapat pada bola golf. Kami sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk memastikan bola itu bergerak dengan baik.

“Itulah yang dilakukan oleh saintis dan jurutera di makmal,” tambahnya.

nike-flight-ball-1_hd_1600

Selain itu, bola Nike Flight turut dibuat dengan teknologi ACC (All Condition Technology) yang memberikan sentuhan lebih konsisten dalam sebarang keadaan cuaca sama ada hujan ataupun panas.

Teknologi ini turut dipanggil ‘Urban Grip’, yang membantu meningkatkan lagi kualiti ‘traction’ di kesemua permukaan bola.

Dan bola ini dijangka akan memberikan pengalaman baharu kepada pengambil sepakan percuma ketika berhadapan dengan benteng dan cuba menewaskan penjaga gol.

Nike-SoccerBall-GoalKick_original

Nike menyatakan bahawa mereka bukan menghasilkan bola yang memberikan kelebihan kepada mengambil sepakan percuma semata-mata. Namun mereka mahu memberikan keseimbangan di antara penjaga gol dengan teknik mengambil sepakan percuma.

Mereka turut menyatakan bahawa bola ini akan memperbaiki kualiti sepakan percuma termasuk mengurangkan bola daripada melambung liar dan menghasilkan pergerakan yang pelik sehingga mencetus kontroversi di atas padang.

Adakah skuad Harimau Malaya akan manfaatkan kelebihan bola ini untuk mendapatkan sepakan percuma pada perlawanan menentang UAE? Menarik untuk disaksikan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

RASMI: Scott Ollerenshaw Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal, Bakal ‘Korek’ Bakat Baharu Untuk Sabah FC

JDT Bakal Umum Tiga Pemain Baharu Dan Dokumentari Khas Bertajuk ‘Fearless’

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group