Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani Nik Muhammad Sharif Haseefy Bin Mohd Lazim secara pinjaman dari Pasukan Selangor FC selama tempoh 6 bulan sehingga akhir musim ini.

Pemain tengah berusia 25 tahun yang berasal dari Pahang ini memulakan kerjayanya bersama akademi Pahang dan beraksi bersama pasukan senior pada tahun 2018 sebelum menyertai pasukan Selangor FC.

“Dengan kehadiran Nik Sharif semestinya bakal menambah variasi serangan pasukan ini, dan semestinya memberikan lebih pilihan buat Nafuzi Zain bagi pemain yang bakal mengisi bahagian sayap dan tengah pasukan ini kerana pemain ini boleh beraksi di kedua-dua posisi ini,” tulis kenyataan rasmi.

Nik Sharif tidak banyak beraksi bersama pasukan Selangor musim lepas apabila terpaksa berehat lama ekoran kecederaan buku lali yang dihadapi sehingga terlepas 13 perlawanan Liga Super.

Namun pada musim ini, pemain tersebut kembali diturunkan dalam beberapa perlawanan termasuk aksi Liga Premier bersama skuad Selangor 2.

Beliau mula menjadi bualan peminat bola sepak tempatan ketika bersama Sri Pahang selepas menjaringkan 3 gol serta 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super pada musim 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Liga Super: Tok Gajah Nyaris Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022

Syihan Hazmi Nafi Baca Mantera Depan Pintu Gol