Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berita kurang menyenangkan buat Selangor apabila pemain sayap mereka, Nik Sharif Haseefy terpaksa diketepikan ekoran kecederaan buku lali yang dihadapi.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Nik Sharif berkemungkinan besar bakal terlepas lima hingga enam perlawanan Liga Super musim ini kerana perlu berehat selama enam hingga ke lapan minggu.

Nik Sharif merupakan rekrut baharu Selangor bagi menghadapi saingan musim ini setelah beliau beraksi bersama Sri Pahang pada saingan musim 2020.

Pemain berusia 23 tahun itu dipercayai mengalami kecederaan buku lali pada sesi latihan sekaligus menyebabkan beliau tidak terlibat pada perlawanan menentang Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Seorang lagi pemain Selangor yang mengalami kecederaan ialah Shahrel Fikri Fauzi yang dikeluarkan pada minit awal perlawanan menentang Kuala Lumpur.

Setakat ini Selangor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai situasi semasa Shahrel Fikri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

AFC Cup 2021: Kedah Dan Terengganu Akan Beraksi Di Singapura

KELME Diumumkan Sebagai Penaja Rasmi Kit Skuad Projek FAM-MSN

Perak Daftarkan Guilherme De Paula Sebagai Pemain Tempatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group