Pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran menjadi buruan apabila dikhabarkan beberapa pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan mahu mendapatkan khidmat beliau.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zinal Azam berkongsi maklumat dimana kelab dari Pantai Timur, Terengganu FC semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 21 tahun itu. Namun, pasukan lain dilaporkan turut mencuba untuk mendapatkan Nik Akiff yang tidak mendapat sambungan kontrak bersama Kelantan bagi musim 2021.

Nik Akif telah dikaitkan dengan Terengganu sejak awal musim 2020 dimana pemain itu dikhabarkan sudah bersetuju untuk menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain. Namun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikhabarkan telah menyelesaikan tunggakan gaji Nik Akif, sekaligus mengekalkan pemain itu bersama The Red Warrior.

Terengganu FC pula mahu mendapatkan pemain terbaik selepas kehilangan beberapa pemain penting seperti Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov. Pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super 2021 itu tidak hanya beraksi di liga domestik malah akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan.

Setakat ini, Terengganu telah membawa masuk pemain sayap skuad B-22 tahun negara, Faisal Halim yang berhijrah dari pasukan Pahang. Naib juara Piala Malaysia 2018 itu turut dikaitkan dengan dua pemain dari kelab Indonesia, Persebaya Surabaya iaitu David Da Silva dan Makan Konate.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Faisal Halim Bakal Beraksi Di Asia, Sah Sertai Terengganu FC

Bendera JDT Diturunkan Separuh Tiang Sebagai Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad

Eksklusif: Matthew Davies Kongsi Pengalamannya Sarung Jersi Harimau Malaya Dan Kisah Menarik Bersama JDT