Bintang tengah pasukan Kelantan FA yang meningkat naik, Nik Akif Syahiran dikhabarkan bakal meninggalkan skuad The Red Warriors untuk bersama pasukan baharu mulai musim 2020.

Walaupun begitu, ketika ini dikatakan pihak Kelantan FA akan mencuba sedaya upaya untuk menahan perpindahan keluar Nik Akif.

Menurut maklumat yang diterima, beliau boleh berpindah keluar dari pasukan Kelantan FA sekiranya gaji tertunggak selama 3 bulan dan pihak majikannya sedang berusaha untuk ‘menggagalkan’ pengaktifan klausa tersebut dalam minggu ini.

ASIANA-50238-1200×800

Jika Kelantan FA berjaya melunaskan bayaran tertunggak, kontrak Nik Akif akan berjalan seperti biasa dan hanya tamat pada hujung musim 2021.

Dilaporkan juga, ketua jurulatih pasukan Terengganu yang baru sahaja dilantik, Nafuzi Zain cukup berminat untuk membawa Nik Akif ke Kuala Terengganu bagi mengukuhkan lagi barisan tengah menjelang musim 2020.

Pemain yang baru menyambut hari lahir yang ke 20 bulan Mei lalu ini dilihat sebagai salah seorang prospek berpotensi tinggi untuk menyinar jika berada dalam persekitaran yang lebih kondusif berbanding bersama pasukan Kelantan FA.

KB10_020419_FA_BN201904015085
KOTA BHARU, 2 April — Pemain pasukan Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat (dua, kiri) diasak pemain pasukan Selangor Sarkunan Krishnansamy (dua, kanan) pada pusingan kedua Piala FA 2019 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini.
Keputusan perlawanan separuh masa pertama Kelantan 0-0 Selangor
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pendedahan dengan aksi lebih berkualiti dalam saingan Liga Super turut membuka peluang besar untuk beliau mempertajamkan aset kemahiran yang dimiliki selain membantu pasukan kebangsaan diperingkat antarabangsa.

Baca juga mengenai artikel padu lain yang telah kami sediakan untuk bacaan anda peminat bola sejati.

Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang

Theerathon Bunmathan Sah Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Bertemu Malaysia Di Bukit Jalil

Thailand Akan Kembali Guna Teknologi VAR Dalam Perlawanan Akhir Piala FA Thai 2019